>

Monday, August 5

Cinta Kita 9.

source: ( Matahary )

Zulaikha masih duduk terbaring di kerusi malas peninggalan datuknya. Hatinya benar-benar meronta. Tapi, dia memikirkan kisah lamanya. Benar, di usia muda dia lebih matang daripada usianya. Perjalanan masih jauh baginya. Pengalaman lamanya benar-benar buat dia terseksa. Dulu, dia pernah berjanji susah baginya bagi mempercayai mana-mana jejaka. 
Itu kisah lama, kini dia sudah bahagia. Benar-benar disusuri bahagia.

Ayahnya seorang pemabuk yang tahu meminta wang daripada bonda. Abangnya pula seorang kaki judi, juga hanya menyusahkan emak, tak ubah seperti anak derhaka. Zulaikha mengorbankan cita-citanya demi keluarga tercinta. Yang dia idamkan untuk bahagia, bahagia dia bukan dengan kekayaan wang, tetapi cukup daripada kasih sayang dan perhatian daripada ahli keluarga. 

Akhirnya, kini dia sedar, lima tahun dahulu dia tidak pernah menyesal untuk lari daripada rumah, walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta.

Di sini, dia berkenalan dengan ustaz Zulkifli. 'Simple' sekali orangnya. Waktu pertama pertemuannya dengan ustaz Zulkifli, Zulaikha sudah jatuh cinta, bukan pada orangnya tapi pada suaranya, alunan bacaan yang langsung tidak difahaminya. Dia asyik sekali mendengar kalimah-kalimah yang dibaca. Dengan bacaan itu dia selolah-olah lupa, lupa akan permasalahan yang dilaluinya.

Sejak kali pertama disapa, Zulaikha dijemput ustaz Zul ke rumahnya. Lama di situ, hari-hari Zulaikha kian berubah tanpa diduga. Sedikit demi sedikit dia mula mendalami ilmu agama yang tidak pernah dia sangka. Pernah beberapa kali, mata Zulaikha berkaca. Bila memikirkan kesalahan lamanya. Tapi, bila diberi nasihat, bila disuap kata-kata semangat, Zulaikha kembali membara di jiwa.

Suatu ketika, Zulaikha meminta untuk pulang ke rumahnya. Sepanjang peninggalannya, dia sentiasa meminta ustaz Zul untuk memerhatikan keadaan keluarganya. Cukup, andai keluarganya tidak apa-apa. Hatinya sememangnya terkongkong dengan beban yang ditempuh bonda. Cuma, Zulaikha cuba untuk kuatkan dirinya.

Cita-citanya kini telah berubah jauhnya.
Satu masa dia akan pulang jua.
Dan ini harinya.

Sepanjang pemergiannya, segalanya telah berubah melawan masa.

Ayahnya bukan lagi " kaki botol " seperti yang diduga. Abangnya pula makin berwibaba menguruskan peniagaan keluarga. Emak? Emak, kini sibuk menguruskan hal rumah tangga, lebih-lebih lagi menguruskan makan minum ayah yang benar-benar dia cinta.

Kali ini, air mata menemani Zulaikha sekali lagi. 
Cuma, hari ini air mata ini adalah air mata yang disyukuri.

Kini, Zulaikha sudah 3 tahun melayari hari-hari bahagia bersama dengan ustaz Zulkifli. Insan yang telah mengubahnya. Membawa sinar ke dalam keluarganya.

Hari ini, hari ulangtahun perkahwinan mereka.
Zulaikha mengimbau kembali saat dia memendam perasaan di suatu ketika.
Dia memang tidak mempercayai mana-mana pemuda, jejaka bila melihat abang atau ayahnya. Tapi, dengan ustaz Zulkifli dia cuba dan terus mencuba untuk meluahkannnya. Cuma, nasihat ustaz Zulkifli membuat terhenti hasratnya.

Ustaz ada memberitahu, " bila menyayangi seseorang dalam diam. Ada masa ia nampak kejam. Tapi, lebih baik daripada menghalalkan yang sememangnya haram. Kerna dia mungkin tidak mengetahui apa yang tersimpan tapi Tuhan tahu apa yang dipendam. " 

Cukup bila percaya pada ketentuan-Nya.

Zulaikha juga teringat saat sehari selepas hari perkahwinannya.
Hari itu, hari yang paling bahagia buat dirinya. Bila dia dilamar oleh seseorang yang sudah dimilikinya.

Pagi itu,
semasa sarapan pagi, suaminya memberikan cawan berisi air Nescafe kegemarannya. Hairan, pelik segalanya di dalam kepala. Cuma, dia meneguknya tanpa banyak tanya.

Selesai meneguknya, Zulaikha memandang di dalam cawannya. Hati kecilnya terusik dengan kata-kata yang dilihat matanya.

Tertulis,
" will you marry me? "

Cinta itu soal dua hati. Tidak bermakna bila hati sudah dimiliki.
Maka cinta yang lama diidam, dipendam tidak berputik kembali.
Ianya perlu diberitahu hari-hari. 
Biar masing-masing lebih memahami, saling menyayangi.
Hari ini segalanya telah terbukti.

Dia tidak pernah menyesal memilih jalan ini.
Jalan untuk mendekati Tuhan yang dikenali Ilahi.

Saat yang paling manis baginya,
bila dia melafazkan kata-kata cinta yang pertama,

saat dia mengucap " kalimah syahadah. "

Zulaikha bukan nama sebenarnya.
Tapi, nama yang diberi selepas dia mendalami satu agama.

Agama yang memberikan cinta buat dirinya.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved