>

Sunday, August 4

Cerita sebelum.



Benar, hari raya sememangnya hari kemenangan bagi kita.
Selepas segala cabaran, dugaan dan godaan ditempuh oleh manusia.
Di bulan mulia ini,
ada manusia rapatkan ukhuwah saat iftar di waktu berbuka,
ada insan yang bersedekah bagi berkongsi rezeki yang ada,
ada manusia yang makin bermesra bersama keluarga,
ianya bukan pesta makanan,
bukan jua perlumbaan bagi menuju kepada pengakhiran,
cukup hanya dengan sebuah persaingan,
siapa yang melebihkan amalan,
siapa yang memperbanyakkan perkongsian,
siapa yang melebarkan lagi senyuman.

Selamat berjuang sehingga ke akhir Ramadhan,
jangan bimbang andai tidak berkesempatan,
Tuhan lihat hambanya yang penuh keikhlasan,
bukan melihat siapa yang mampu menyudahkan.

p/s:

Untuk hari Raya,
ada 3 part tentang cerita hari Raya, bukan pasal diri saya,
tapi mungkin berkait.

Part 1: Malam Ramadhan (7/8/13)
Part 2: Raya Pertama (8/8/13)
Part 3: Raya Kedua (9/8/13)

Rumah terbuka Pemilik Blog:
(10/8/13)

Selamat beramal.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved