>

Monday, August 19

Cinta Kita 12.



" Kita sentiasa rasa cinta itu pahit bila hati kita mulai sakit.
Tapi, bila kita ketemu dengan doktornya, 
kita tetap mahu terus untuk jatuh sakit.
Kerna kita tahu
Dia pasti akan mengubatnya walau berapa kali kita sakit,
hingga lama-lama kita mula kalis dengan perasaan sakit.
Baru kita cintai waktu sebelum sakit. "

"Sarah". Siti Sarah nama penuhnya. Dia cinta hati aku. Buah hati kesayangan aku dan sekarang dia juga telah sah menjadi isteri aku. Paling penting dia kegilaan aku. Bukan bermakna aku sudah tiada cinta pada Tuhan, itu masih ada. Bukan juga bermakna aku tiada lagi rasa kasih pada manusia, itu juga tetap masih ada. Cuma, aku bersyukur dengan-Nya. Kami berjaya bersama walau tidak diberi kesempatan untuk lama bercinta. Sarah adalah gadis kampung, jauh benar dari sesaknya kota raya. Benar, cinta kami memang dihalang pada mulanya. Cuma, berkat ketabahan kami berjaya melaluinya.

Tapi, malam ini aku kecewa akan apa yang aku miliki. Bila aku melihat tangisan mula terbit daripada wanita yang benar-benar aku cintai. Itu yang buat aku semakin sedih lagi.

Sebelum aku dan dia disatukan, dia langsung tidak mampu menerima aku. Aku sedar tentang kelemahannya itu, tapi itu yang buat aku tetap ingin memilikinya. Rahsianya itu aku jaga sepenuhnya. Tapi, ibarat bunga yang ada masa bakal layunya, rahsia yang dijaga aku telah diketahui oleh keluargaku. Benar, kami masing-masing kecewa, tapi semestinya aku paling memahami bahawa saat ini Sarah adalah insan yang paling kecewa.

Dulu, sebelum kami bersama. Mama, papa tak izinkan untuk aku dan dia bersama. Kata mama, " kita datangnya daripada keluarga kaya. Tapi, dia? Wanita yang hanya tinggal di desa. Belajar juga tidaklah tinggi mana. " Aku ada memberitahu mama, " kalau bahagia hanya pada kaya, mana adilnya manusia? Kalau bahagia terletak pada rupa, siapa ingin hidup bercinta sampai ke usia tua? Kalau bahagia pada ilmu yang dititikberatkan pula, adakah tempat pada yang tidak berdaya? "

Lama, akhirnya aku dan dia disatukan juga.

Dia sememangnya wanita kampung yang tidak punya harta. Pelajarannya juga tidak begitu ada. Tapi, aku begitu kasih akan dirinya. Begitu juga dengan dia.

Dia tidak pernah puas melayan kerenah diriku. Melayan segala perihal diriku. Buat aku beruntung sekali memilki dirinya seumur hidupku.

Sampailah hari ini. Kami memang tidak terkejut dengan berita ini. Tapi, aku tahu dia begitu kecewa sekali. Apabila seorang wanita tidak mampu memberikan satu permata buat seorang lelaki. Dia begitu pasrah sekali.

Aku masih ingat saat dia mengetahui bahawa dirinya mengandung. Segala pantang larang dijaganya. Dia begitu mengambil berat akan dirinya. Paling penting, dia tahu bahawa keluargaku benar-benar mahukan cahaya mata. Aku adalah anak tunggal dan sememangnya mereka mengharapkan Sarah mampu menunaikannya. Namun, kini segala impian sudah tidak bisa menjadi nyata.

Lama benar dia terbaring memikirkan nasib diri. Benar-benar kecewa dengan takdir ini.

Esoknya, di rumah. Aku bawa dia ke luar kamar. Di sudut terletaknya buaian, tempat persinggahan kesukaannya. Aku kata pada-Nya, " cinta itu penuh dengan kuasa, juga punya magisnya. Pasti ada pula dugaannya. Cinta sebelum memiliki adalah bila kita berusaha untuk mencari dan memiliki, walau kita tidak tahu adakah benar kita mampu miliki, kita tetap tidak putus asa berdoa pada Ilahi. Cinta semasa memiliki adalah bila kita sama berikrar untuk memahami antara satu sama lain dengan sepenuh hati dan cinta selepas memiliki bukanlah hanya percaturan untuk memberikan zuriat sebagai legasi, memberi nafkah kepada isteri atau menyiapkan pakai minum kepada suami. Ianya lebih ke arah untuk masing-masing saling memberi apa yang dia miliki dan cuba melengkapi. Melengkapi adalah proses melengkapkan perihal hati yang dulunya lama tersembunyi dan bersendiri. "

Aku melihat dia mampu tersenyum.

Aku cuba merapatinya. Aku mencuit manis hidungnya. Lalu, aku sentuh pucat bibirnya. Aku kata padanya, jaga hati ini kerna hanya hati yang mampu benar-benar cinta.

Aku mengucupnya.
Hari itu, kami sedar kami mula untuk jatuh cinta buat kesekian kalinya.

Ini yang satu aku suka pada rasa cinta.

Cinta..
Ia ada saat mulanya, tapi tidak pernah ada akhirnya.
Walau pencintanya tua, cinta itu sentiasa muda.

Kerna bila cinta itu mati, ada yang akan menghidupkannya semula.
Bagaimana pula?

Cinta itu datangnya daripada pencipta yang kekal selamanya.
Jadi takkan pernah untuk Dia cuba untuk memudarkannya.

Mahu tahu apa rasanya.
Cubalah kau semai pokok cinta yang setia.

Baru kau tahu manis buahnya.

p/s: 
Finale - CintaKita13. Don't miss it.


2 comments:

Anonymous said...

almost complete...welcome 13! :)

Wook said...

yes it will. thank you

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved