>

Friday, August 16

Cinta Kita 11.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Yakinlah pada Dia. Jadilah yang terbaik :)

" Bukankah memilih untuk memendam juga satu ikhtiar. "

Ia berlaku pada petang itu. Aku adalah seorang insan yang masih menagih cinta lamanya. Patah hati, mungkin. Kecewa, juga mungkin. Lalu, aku nekad untuk berhenti untuk kasih buat seketika. Tapi, bukan pada petang itu. Jiwa aku rasa lain. Hati aku, kencangnya bukan main. Jatuh cinta sekali lagi, mungkin.

Cuma, kali ini ianya pantas sekali berbeza.

Aku mengasihi seseorang yang baru kali pertama aku berjumpa. Aku tidak tahu siapa dirinya. Juga asalnya. Tapi, aku mula untuk mengetahui segalanya tentang dirinya. Gila, mungkin jua. Kalau mampu ingin sekali aku untuk mengejar bayangnya. Cukup, hanya untuk mengenali siapa gerangan dirinya.

Di petang itu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kehijauan menghidupkan suasana. Gelak tawa memenuhi ruang-ruang udara menghentikan bayangan kosong buat seketika.

Nombor di belakang bajunya bukanlah nombor kesukaan aku, tapi aku cuba untuk meminatinya. Permainan itu, langsung tidak pernah aku ambil tahu sebelum ini sebenarnya. Tapi, selepas itu, kalau mampu aku ingin mengetahui segalanya tentang permainan itu, lagi-lagi tentang dirinya.

Tapi, cukup hari itu kami bertemu. Itulah kali pertama juga terakhir buat diriku.

Kalau mampu, aku mahu bertemu dengannya sekali lagi.
Cukup hanya dengan mengenali dirinya. Cukup untuk bersahabat dengannya.

Kali ini, aku hanya ditinggalkan dengan berangan dan terus memendam.

Andai aku tidak mampu berkasih dengan dirinya, cukup jika aku mampu mengenalinya.
Andai aku tidak mampu rapat dengan dirinya, cukup jika aku mampu bersahabat dengannya.
Andai aku tidak mampu memilikinya, cukup jika aku melihat hari bahagianya.

Ini bukan cinta gila,
mainan di waktu remaja.

Ini cinta orang dewasa,
yang menanti hari tua.

Dia menagih seseorang untuk terus kekal setia di sampingnya.

Di mana saja awak berada, saya memohon agar satu hari kita mampu untuk bertemu. Satu yang saya pohon agar awak mampu untuk tahu. Jauh di benak rawan hatiku.

" Pada saat saya melihat kesempurnaan diri awak, saya mula mencintainya. Suatu masa, bila saya diberi peluang melihat kekurangan diri awak, saya lagi ingin memilikinya.  "

Mencintai tidak lengkap tanpa memiliki.
Hanya dengan memiliki, kita mampu saling perbaiki.

Untuk diri awak saya miliki, itu pula saya serahkan pada Ilahi.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved