>

Tuesday, August 13

Cinta Kita 10.

Sesetengah orang terlampau menyayangi. Buatkan sayang menghiris hati.
Itukah cinta sejati?
Setelah setia meranapkan diri.

" Tertutup sudah pintu, pintu hatiku yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu,

kini kau pergi dari hidupku, ku harus relakanmu walau aku tak mau "

Bait-bait lirik lagu ini memenuhi setiap ruang penjuru bilik Fatin. Tiba-tiba, tanpa ada ribut, hujan lagilah tiada, dia terus membuka kata. Seolah-olah memantulkan gema saat sepinya bilik kosong itu. Katanya, " lagu ini mendalam maksudnya. Liriknya seolah-olah cuba untuk memerlinya. " 

Hairan juga aku pada bicaranya itu. 

Oh, baru aku teringat. Fatin, adalah sepupu rapatku. Baru sahaja dia putus cinta. Habis punah segala impiannya. Pernah suatu ketika dia merancang untuk berumah tangga. Cinta benar dia pada pemuda itu, cinta sehingga hujung nyawa katanya. Sedar-sedar aku, belum lagi malaikat Izrail mencabut nyawa mereka hubungan yang terbina sekian lama terputus jua. Pada saat mula dia bercerita, aku hampir tergelak dibuatnya. Tapi, bila dia mula untuk menangis, aku mula berhenti untuk meneruskan dengan bergelak tawa. Cuba juga aku menenangkannya. Malam itu, aku nampak dia benar-benar ingin bersendiri. Perlukan seorang teman, tapi aku tetap percaya dia inginkan satu yang digelar privasi.

 Biarkannya buat seketika, emosi mampu pulih bila dibiarkan seketika, tapi bukan hatinya.
Itu aku yakin dan percaya.

Hari ini, ramai yang cuba untuk mengisi ruang hatinya. Tapi, luka lama bukan senang nak dipulihkan oleh manusia. Manusia, manalah ada kuasa. Runsing juga dibuatnya. Aku bukan apa, aku tidak peduli jika dia belum mampu lagi memaafkan insan yang melukakannya cuma satu yang aku tidak suka bila dia menyalahkan semua jejaka, seolah-olah mereka semuanya sama.

Aku tahu, akan ada yang baik juga.
Cuba tengok pak ngah, pak Lang, lagi-lagi pak long. Hubungan mereka dan isteri masing-masing mampu kekal sehingga sekarang lamanya.

Bila manusia takutkan perubahan, itu perkara biasa. Lumrah dalam bahasa mudahnya, cuma tafsirannya tidak akan selalu sama. Pasti akan ada pemikiran luar biasa yang merasakannya berbeza. Seolah-olah aku cuba bermain dengan sastera. Memberikan sesuatu maksud yang mendalam pada kata-kata yang sepatutnya mudah untuk difahami oleh sesiapa.

Lalu, aku cuba kata padanya, " kita sentiasa mengharapkan sinar matahari mampu memanaskan diri. Tapi, takkan hanya kerana beberapa ketika matahari berhenti untuk menyinari dengan hadirnya hujan membasahkan bumi. Kita berhenti berharap untuk matahari terus memberi sinar pada esok hari. " 

Sepi kembali mengambil ruang untuk malam itu, aku fikirkan sepi itu hanya seketika.
Lama benar sepinya. 
Malam itu, sepi mungkin peneman bagi kata-kata penutup dalam perbincangan kami berdua.

Lain benar dia di esok hari. Awal bangun di pagi hari, aku ditegur dengan senyuman sehingga menampakkan gigi. Cuba juga aku memberontak dalam hati tertanya-tanya, " hei, apa dah jadi, apa dah jadi dengan dia sebenarnya ni "

Lepas kenyang dengan sarapan roti di pagi hari. Pantas sekali dia menarik tangan aku ke luar rumah, dekat sekali dengan perigi. Tepinya, terdapat bunga kesayangannya, 'bunga matahari'.

Katanya," maaflah, semalam aku terlupa hujan pun ada bawakan pelangi. Takkan pelangi wujud tanpa pembiasan matahari. "

Dia memetik bunga matahari kesayangannya itu.
Ini cinta aku.

Biarkan silap aku yang dahulu, lupakan aku yang dulu.
Ini aku yang baru.

Bagai 'duri semalu'. Ditutup bila dikucup seolah-olah memberi maksud malu.
Penuh misteri tiada siapa yang tahu.

Cuba pula untuk miliki aku, pasti aku benar setia denganmu.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved