>

Monday, July 29

Berlari dalam gelap.

in-allah-we-believe:

Smile (:

Mungkin kerana aku terlalu sensitif, terlalu mengambil peduli mengenai banyak perkara. Walau itu hanyalah zarah-zarah kecil. Cuma ada masa itu kedangkalan di hati ini penuh dengan rasa musykil. Aku bukan kaya dengan harta benda, belum lagi kaya dengan budi bahasa, apa lagi dengan ilmu agama.

Ianya perihal semalam. Tetapi, ianya berkait dengan hari esok.
Rumit bukan.
Tapi itu juga yang aku cari.

Aku memandang sepasang adik-beradik. Hati aku benar-benar tersentuh. Gigih sekali seorang abang melayan kerenah adiknya yang kecil demi membantu mencari pendapatan yang lebih. Hanya menjual stokin di tepi jalan. Mereka juga tidak meminta, tapi makin kuat berusaha. Bukan itu yang membuatkan aku kagum dengan dirinya. Tapi, aku kagum melihat senyumannya. Ikhlas sekali, tanpa ada rasa malu yang terbit di wajahnya. Belum tentu aku kuat sepertinya. Tentu juga belum pasti adakah begitu kasih aku kepada keluarga tercinta.

Kadang-kadang aku tertanya jugak. Kita mencari cahaya dalam gelap, sedangkan ada masa bila diberikan cahaya kita tidak pernah menikmatinya. Mungkin kerana kita terlampau prejudis untuk hidup demi diri sendiri, tanpa ambil peduli apa yang berlaku di lain sisi.

Mereka bukan meminta untuk dikasihani. Tapi, cukup hanyan untuk dikasihi. Mereka tidak hanya menagih simpati. Cuma mengharap untuk sama-sama dihargai. 

Aku hanyalah seorang pelajar. Namun, aku cuba untuk membantu. Apa yang aku mampu. Apa yang perlu untuk didahulu.

Untuk malam yang bakal menjelma. Malam yang kita tidak tahu bila masanya. Malam yang kita tidak ada ilmunya. Kita mencari satu malam yang luar biasa. Malam yang tiada dilawan pada 1000 malam yang lainnya. Kita mencari keampunan daripada yang Kuasa. Kita sisipkan diri kita dengan penuh pengharapan padanya.

Satu yang aku pinta.

Kasih mengasihani sesama ciptaannya juga adalah sesuatu yang dipinta. Sesuatu yang tinggi nilainya. Tapi tidak ramai yang melakukannya.

Ini yang aku berikan untuk mereka-mereka,

Andai inginkan dunia, contohi manusia,
yang mudah alpa, yang terus lupa,
andai ingin ke sana, jadilah seorang hamba,
yang miskin harta tapi kaya senyumannya,

Coretan penulis jalanan, yang sembunyi dalam sarang kegelapan.

Penuh dengan keraguan, timbul pertanyaan, 
masihkah diberi pertolongan andai tersilap lagi ke arah kesesatan?

p/s: Selamat berjuang untuk 10 malam terakhir. Biar kita menjadi majnun dalam mencari lailatul qadr, bukan beralih kepada sesuatu yang melalaikan.






No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved