>

Thursday, August 8

Cerita sebelum raya 2

Esok dah tiba masanya. Hari kemenangan bagi kita. Hari raya Aidilfitri yang mulia. Tapi, aku masih tetap di sini. Di sesaknya kota raya bukannya aku tak mahu pulang untuk beraya. Mak dah beberapa kali bertanyakan berita tentang aku sama ada pulang atau tidak di hari Raya. Aku tahu dan aku sedar abah bukannya seperti dahulu kala. Dirinya sudah tidak muda, berusia dan mahu menghabiskan masa dengan anak-anak yang tercinta. Aku juga mahu pulang ke sana, cuma kali ini aku langsung tidak dapat cuti untuk pulang beraya.

Malam ini hujan turun dengan lebatnya. Sesuai dengan situasi aku yang sememangnya sedang berduka. Aku sedar, jika di kampung sekalipun kami bukannya sakan untuk beraya. Tetapi bila semuanya berkumpul bersama ianya mampu membuatkan kami ceria. Melupakan segala permasalahan yang ada. Mungkin ini dugaannya. Satu yang harus aku terima. Sedih memang tidak terkata. Terutama sekali bila mendengar suara mak yang sememangnya kecewa. Malam itu makin sayu bila mendengar takbir raya. Air mata menjadi peneman buat seketika.

Aku mula mengimbau kembali saat beraya di kampung. Malam raya bukan kepalang lagi masing-masing saling tolong-menolong. Segalanya giat dipersiapkan. Abah bukannya banyak duit sekalipun. Tapi, demi hari Raya bagi membuatkan kami tidak merasakan kekurangan abah cuba untuk bermewah apa yang dia upaya.

Masa tak pernah muda. Makin lama ia makin tua. Ditelan usia. Manusia juga begitu jua. Runsing bila memikirkannya.

Kalau di kampung. Malam raya, mak akan membuatkan juadah kegemaran aku, ketupat palas. Ketupas yang hanya aku makan dengan sambal bilis. Bukan dengan rendang, bukan juga dengan kari ayam atau daging. Licin mampu untuk aku telannya. Abah, dodol adalah kepakarannya. Dulu, aku tidak pernah menyukai makanan itu. Tapi, hari itu, raya itu aku cuba menolong abah. Penat sekali mengacaunya. Letihnya tak mampu terucap, tak larat nak diceritakan. Cubalah bila tak percaya. Tapi, bila merasanya, baru tau penat lelah itu berbaloi dengan 'harga usahanya'.

Tahun itu. Raya aku keseorangan.
Hanya kesedihan memenuhi ruang. Raya yang paling dekat aku meluahkan pada Tuhan.

Hati merisik tetap mahu pulang.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved