>

Thursday, August 29

Bidadari cinta.

rieyna-sadik:

 

serahkan saja pada Dia. when it comes soal hati - itu urusan tuhan.

Nur Iradah namanya secantik orangnya. Dulu mungkin namanya hanya kenal terukir di bibir jejaka yang punya pangkat, rupa dan harta yang kaya raya. Tapi, itu dulu. Masing-masing punya ceritanya. Tidak bermakna apabila seseorang itu dilahirkan sebagai Muslim dia mati sebagai Mukmin, tidak semestinya dia dilahirkan sebagai yang jahil tapi sesat seumur hidupnya. Sekali lagi, masing-masing punya lakaran ceritanya. Ianya juga pasti berbeza perjalanannya.

Aku masih ingat waktu pertama kali saat penghijrahannya. Itu adalah saat manis yang bakal aku kenang seumur hidupku dalam mengenalinya. Mendengar dia merayu dan meminta.

Hidayah bertuan dan ianya juga memilih teman.

Pada malam itu, aku terpandang dia. Berderai air matanya, runsing juga di dalam benak fikiranku serba salah di dalam dada. Cuba untuk aku mendekatinya. Namun, tidak bergitu berani untuk memulakan bicara, tapi langkah diriku makin cuba merapatinya.

Lama, aku melihat dia memandang pada satu sudut. Di almari itu terletaknya susunan al-Qur'an. Lama berdiam kata. Aku cuba menyusun kata, " kau sakit ke? Kenapa kau menangis? " Aku tidak mengharap pertanyaanku dibalas. Sekali lagi, aku melihat air matanya makin laju mengalir.

Aku menggosok belakangnya. Cuba menenangkannya.

Suasana ketika itu diam buat seketika. Lama, selepas itu dia memeluk aku seeratnya. Aku meneruskan lagi untuk menenangkannya. " Mampukah seorang penzina yang bertukar teman tidur sepanjang masa diampukan Tuhannya? Mampukah seorang wanita yang tahu solat itu adalah tiang agama tapi mengabaikannya diampun oleh-Nya?  Lebih teruk wanita itu mempunyai ilmu agama tetapi mengendahkannya mampukah diampun-Nya? "

Aku masih ingat saat mula perkenalan aku dengannya. Terkejut sekali aku dengan perwatakannya. Melihat gayanya, berbeza sekali dengan pemahaman aku dan dia. Mungkin ilmu kami berbeza. Tapi, sentap juga aku bila dia memberitahu bahawa dia dulu sekolah agama. Baru saat itu aku sedar, hidayah itu bukan untuk senang untuk diperoleh oleh sesiapa.

Saat aku mendengar pertanyaannya. Aku tergamam buat seketika. Namun, kata-kata itu cukup untuk membuat hati aku melompat gembira.

Sekali lagi, dia menyambung bicaranya.

Sarah, " aku cuba membaca ayat-Nya tapi aku dah lupa semuanya. Aku cuba untuk berserah kepadanya dengan bersolat tapi aku keliru dengan tertibnya. Adakah pintu aku untuk mendekatinya sudah disekat? Adakah sesalku sudah terlambat? Cukup hitam pekatkah hatiku sehingga tiada peluang bertaubat? "

Saat itu, satu sahaja yang aku pinta.
Tuhan, jika engkau mendengar tangisan seorang hamba maka kau ampunkannya.
Walau aku tahu, saat itu engkau lebih mengetahui-Nya

Nur, " hidayah bukan dimiliki oleh sesiapa tetapi setiap manusia ada kemahuannya. Jangan pernah berhenti untuk meminta. Bukankah doa itu roh bagi setiap jasad manusia? Sedangkan belum sempat kita meminta dia sudah memberi, apa lagi bila kita meminta pasti kita akan perolehi. "

Bukankah hidayah untuk engkau mendekatinya ini juga petunjuk dari-Nya?

Malam itu juga.
Aku semakin yakin dengan ketentuan-Nya.
Aku semakin akur dengan aturan perjalanan-Nya.

Aku juga sedar.
Sesuai dengan nama yang dimilikinya, Nur Iradah.

'Berkemahuan hidayah', aku kira itu maksud yang paling sesuai dengannya.

Jika cinta manusia buatnya terluka.
Cukup dengan hidayahnya buat manusia gila.

Tapi ini bukannya gila manusia yang gila.
Ini gila yang luar biasa.

Gila menuju Syurga, bagi menatap-Nya selamanya.

p/s:

Seakan pengemis yang meminta biaya,
begitu hamba memohon redhaNya.
Seakan pemuisi manis katanya,
begitu indah susunan ayatNya.
Seakan lirik terusik jiwanya,
saat Syahadah mengilap bibirnya.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved