>

Sunday, August 25

Cinta Kita 13. - Finale

disneyfansonly:

Sharing Disney love!

" Sentiasa,
kita saling bertanya,
siapa pemilik hatinya? "

Pada mula sebelum aku menulis untuk tatapan buat seorang pembaca.
Mungkin yang tertanya siapa aku?
Apa motif sebenar mengenai penulisan aku?
Pasti juga yang menyoalkan mengenai nukilan aku?

Sudah banyak benarkah pengalaman diriku mengenai cinta?

Tapi, aku bukan memilih untuk menjawab pertanyaan itu,
tidak juga aku memilih untuk lari daripada persoalan itu.

Ada cerita dikongsikan daripada kawan terhadapku,
ada cerita yang dialami sendiri oleh diriku,
ada juga cerita yang aku fahami melalui sekeliling diriku.
Saat aku menulis, aku tidak pernah ingin sesiapa tahu, siapa diri aku.
Di mana asalku.
Juga untuk memberitahu segala tentang maklumat peribadiku.
Cukup hanya mereka tahu.

Aku adalah kaktus.

Hati aku belum mahu disentuh kerana itu aku penuh dengan duri di sekelilingku,
tapi andai kau mahu menyentuh diriku,
semailah diriku dengan sebaiknya untuk suri hatimu,
suatu masa aku akan belajar juga setia dengan dirimu.

Ada cinta bermula di waktu kanak-kanak yang kecil usianya,
ada cinta di usia remaja, ada cinta sewaktu tua,
ada cinta mencari yang Kuasa.

Benar, cinta itu banyak tafsirannya.
Kerna pemikiran manusia saling berbeza.

Sayang,
aku menulis kerana cinta aku kepada dirimu.
Tiap hari aku merindukanmu.
Tiap masa aku mengingatimu.
Tiap saat jiwa aku merintih untuk memilikimu.
Aku jujur dengan perasaan aku.
Tapi, maaf bila tika ini aku sembunyikan perasaanku terhadapmu.
Bukan kerana aku tidak berani untuk menyayangimu,
tapi kerna aku takut aku lebihkan dirimu pada yang lebih berhak akan cintaku.
Satu yang aku ingin engkau tahu.
Walau di mana dirimu,
walau berapa usiamu,
walau apa jua rupamu,
walau bagaimana keadaanmu,
walau sakit mengingatimu,
walau sihat mengasihimu,
aku tetap ingin kau tahu,

suatu masa bila tiba masanya,
suatu saat bila ini jodohnya,
lafaz kalimah cinta ini tidak akan ragu untuk aku melafazkannya.

Aku tidak pernah takut untuk menjadi tua,
walau aku tahu mungkin usia diriku hanya pada remaja.

Satu yang aku tahu, aku tidak pernah takut untuk bercinta.
Tidak pernah malu untuk jatuh cinta.
Tidak pernah menyesal bila diri diluka.
Tidak pernah terbuai dengan bahagianya cinta.

Mungkin cinta itu banyak alasannya.
Mungkin cinta itu penuh dengan tagihnya.
Mungkin cinta itu disisipkan dengan agendanya.

Aku masih ingat,

saat aku hilang seorang yang benar-benar aku sayang, yang aku cinta. Itu cinta aku yang paling setia. Saat aku sedang cuba untuk berubah mencari yang Kuasa, aku diajarkan olehnya. Aku hidup dengan meneguk kasihnya. Tapi, aku tidak pernah tahu Dia lebih kuasa dalam dunia cinta. Kau pergi sebelum saat aku mampu untuk melafazkan kata-kata cinta. Mungkin ini cinta gila di waktu remaja. Hingga suatu masa, aku sedar bila aku mampu bangkit. Tuhan lebih tahu apa erti cinta oleh seorang hamba. Diambilnya seorang guru cinta agar anak didiknya tidak terus tersesat akan dakapan cinta. Dia tahu, jika mahu cinta.
Cintalah pada yang benar-benar mengasas cinta, baru butir-butir cinta mampu dititip kasih pada pengamalnya.

Untuk pemunya hati,
ingin aku katakan apa yang aku mahu,
ingin aku ungkapkan apa yang ada di dalam hatiku,
serta disimpan oleh perasaanku,
untuk aku luahkan segala isi fikiranku,
untuk aku lafazkan janji cintaku,
berani untuk lakukan apa yang aku mahu,
agar di setiap lorong-lorong hidupku,
bakal ada kamu,
di setiap jatuh bangkit ku,
bersama menuju jalan Tuhanmu dan juga ku.

Yang menyepi itu hanyalah kekosongan dimiliki hati,
dengan berteman rindu, di waktu aku tahu tiada salah untuk memilikimu.

Satu masa akan aku miliki,
walau tidak di sini,
juga bukan di saat ini,
mungkin di sana nanti.

Untuk jatuh cinta pada harta, rupa dan usia,
satu yang kau harus sedar di alam nyata,
saat engkau menjadi miliknya,
tingkah lakunya menjadi peneman kau selamanya.

Saat manisnya bercinta,
saat terluka kerananya.
Dia tetap sentiasa ada.

Jangan pernah putus berdoa,
pada dia yang Maha Kuasa.

Andai itu ketentuannya,
sudah pasti engkau miliknya.

Selagi Ilahi yang kau benar-benar cinta.

p/s:

Jutaan terima kasih pada yang semua terlibat,
pada yang setia membekalkan drama penuh nasihat,
memberi kata buat azimat,
memberi tenaga sebagai keringat,

agar sentiasa saling mengingat,
sebelum dunia menuju kiamat,

sebelum bermula semula selepas penamat,
hanya bersama DIA yang paling keramat,

cukup cinta Dia buat kau selamat.



Segala cerita mulanya.

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

Part 9

Part 10

Part 11

Part 12

Bye and wasalam.
:)










No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved