>

Monday, June 10

Sisa Kehidupan 4. - Akhir


Semalam aku masih ingat lagi,
bayangan manusia yang sangat disayangi.
Tapi bila bangkit hari ini,
aku lihat mereka tiada lagi.
Jauh dibawa pergi,
sudah ditelan bumi, dekat pada Ilahi.

Aku rebah di bumi,
saat itu laju air mata mengalir di pipi,
aku cuba mengawal diri.

Seseorang datang cuba memujuk,
tapi aku balas dengan sikap yang buruk.

Aku terus lari. 
Lari sepenuh hati.
Alasan aku, harus tamatkan riwayat diri.

Kalau hidup tak berguna lagi.
Tiada lagi tempat berkongsi.

Sedang aku cuba membunuh diri,
rasa takut pula untuk ku mati.
Datang rasa yang asing sekali.

Aku lihat sesuatu yang menarik hati,
buat aku mula sedar diri.

Seorang anak kecil dirinya tanpa kaki,
tapi masih kekal di bumi,
tiada pula membunuh diri,
walau tak mampu untuk berdiri.

Aku cuba soal diriku,
tapi jawapannya kekal buntu.
Aku pergi, mulakan soalku.

Mudah jawabnya,

" Kalau hanya dengan tanpa kaki dipersoalkan keadilan Ilahi.
Mana pula keadilan manusia bila diberi kaki tapi jauh tinggalkan Ilahi " 

Aku fahamAku memahami.
Ada insan yang dibawa pergi.
Kerna jauh dari Ilahi.
Agar bila sedar kita mula kenal pencipta diri.

" Sayang bila kita membataskan kecerdasan anak kecil hanya kerana kita lebih awal mengenali kehidupan,
kerna siapa tahu suatu masa jasa anak kecil kembali ditagih bila kita mengakhiri sisa kehidupan "

Bisu juga bahasa.
Cuma ianya tanpa kata.
Tapi disampaikan untuk mengubati jiwa.

Hanya penerima dapat merasa.
Setelah pemberi tak berputus asa.

Tak perlu sehingga dewasa untuk berfikiran matang.
Tak perlu tibanya tua untuk kenal Maha penyayang.








No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved