>

Thursday, June 6

Cinta Kita 2.



Gumpalan kertas mula dilontarkan. Sayang!
Tidak masuk ke dalam bakul sampah yang disandarkan.
Aku mengambil gumpalan itu sambil berjalan ke arahnya. Sesampainya, aku duduk di sisinya.

Soal aku,
"Putus cinta? Atau gaduh dengan teman baik?"
Soal aku tidak berbalas.

" Abang tengok boleh? ", soalku kembali.
" Putus cinta ", jawabnya kembali.

Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat adik perempuan aku ini.
Seorang yang penuh dengan gelak tawa sudah bermasam muka hari ini.

Puas? Lega? Sakit? ", itu soal aku padanya. Kerut di dahinya, itu satu-satunya responnya.
Aku mula berbicara. Tangan aku mengambil satu buku cerita dalam kamarnya.
Lalu aku koyakkannya. "Abanggggg!!! ", marah benar dirinya.

Aku tersenyum.
" Faham? ", soal aku sekali lagi.
Kali ini dia pantas menjawab, " tak "

" Kesilapan seseorang ibarat sehelai kertas daripada sebuah lembaran buku cerita.
Kalau dikoyak, digumpal. Tidak mengubah apa-apa. Ceritanya tetap sama.
Kerna orang lain masih mampu bercerita, kesilapan sama masih mampu dicipta.
Tak perlu sampai nak berduka hingga keluarkannya daripada hidup kita.
Sekurang-kurangnya kita lebih berjaga, lebih matang berbicara.", terang aku padanya.

"Terima kasih kepadanya. Terus berhubung dengannya.
Agar dia tahu kekalahan ini tidak melemahkan.
Sebaliknya lebih memberi kematangan di dalam jiwa ", tambah aku padanya.

" Tapi bagaimana kalau sakitnya itu masih ada ", soalnya pada aku.

" Tuhan tak cipta kesakitan itu kalau ia memudaratkan.
Tapi ia cipta biar kita sedar bahawa manusia yang memberikan kesakitan,
Dia masih mampu pulihkan.", balas aku.

"Dia tidak pernah bagi sakit tanpa penawar kan?"
"Sebab itu dia Tuhan, dia kekal berikan pedoman. Dia setia tunjukkan jalan", tambah aku.

Senyuman mula terukir di wajahnya.
Kini, gumpalan itu disimpan kembali di tempat asalnya.

Dalam hati aku terus terdetik,
"Jangan rosakkan sebuah buku cerita dengan mengoyakkan sehelai kisahnya.
Ia tak akan mampu mengubah apa-apa"

Ini rasa cinta.

" Sebab bila sakit, ia buat kita dewasa.
Bila bahagia, ia buat kita remaja. "

p/s: 
Cuti makin hampir.
Salam Israk Mikraj, moga mampu kita hayati jangan hanya dirai.






No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved