>

Thursday, June 13

Cinta Kita 3.











Percayalah, bukan senang untuk menjadi seorang penulis. Payah sekali. Kerna apabila seorang penulis hilang idea. Mampu gila dibuatnya. Ibarat menjawab soalan Perakaunan. Andai akaunnya tidak seimbang, mampu terhuyung-hayang dirinya.

Ini kisah aku.

Sebelum aku menjadi seorang penulis. Aku adalah seorang yang kaya raya. Hartaku diwariskan oleh keluarga tercinta. Aku begitu taksub dengan kesenangan dunia, lena dibuai bidadari dunia yang asyik menghiasi mata. Tapi, aku tidak punyai ketenangan jiwa. Mungkin kerna aku terlalu jauh, jauh daripada agama. Tersesat dari redha Pencipta.

Aku mula tersentuh apabila seorang teman baikku mati kerana ketagihan dadah. Aku masih ingat saatnya terlantar di hospital saat aku melawatnya. Soalnya, " masih adakah ruang kemaafan untuk manusia yang cuba keluar daripada keinginan yang merasuk benak pemikiran kesenangan? Masih adakah peluang untuk dilterima keinsafan di atas segala kekesalan? ", ragu sekali dirinya.

Dua hari selepas itu, dia dijemput untuk pergi buat selama-lamanya.
Tidur buat masa yang lama.

Kosong sekali hatiku. Aku menagih sesuatu.
Sesuatu yang aku tidak tahu.
Benar, aku mungkin kurang ilmu. Tapi, benarkah tiada juga ruang buatku?

Esoknya, aku terima satu panggilan. Daripada teman " berhibur " aku.
Katanya Amar dalam saat nazak.
Amar juga seorang penagih. Ketagihannya melampau, aku yakin kali ini pasti terlebih dos lagi.

Sesampainya aku di situ. Seorang jururawat baru keluar merawatnya.
Aku mengajukan pertanyaan kepadanya, " bagaimanakah peluangnya? pasti tipis bukan? ".

Jawabnya ringkas,
" Akan selalu ada ruang untuk seorang manusia kembali berpaut dengan hadirnya kemahuan "

Hati aku sekali lagi tersentuh dengan jawapan yang diberikan. Penjelasannya seolah olah menjawab persoalan yang aku cari daripada sebuah kekusutan. Aku tidak hairan dengan jawapan yang diberikan kerana kami berlainan bangsa. Cuma aku terharu kerana perbezaan pegangan antara aku dan dia.

Tuhan dia dan aku sememangnya berbeza.
Tapi kefahamannya tentang keyakinan kepada Tuhan itu buat aku malu kepadanya.

Mungkin ini adalah peluang. Ruang yang dulu gelap kini mulai terang.

Selang beberapa saat. Aku lihat Amar mulai sedar walau dirinya pucat. Namun bukan itu yang membuat aku terperanjat. Tetapi niatnya untuk kami sama-sama berubah membuat aku tidak mampu menyekat. Kami mahu bertaubat sebelum masanya terlambat.

Aku mula tinggalkan pekerjaan lama. Aku melakukan sesuatu yang aku cinta, yang aku suka iaitu menulis. Aku menulis apa yang aku pandang pada sekeliling manusia, mengarang apa yang dikurnia. Paling penting, aku menyampaikan sesuatu melalui apa yang aku dan manusia rasa tapi dalam suatu bentuk gambaran bahasa.

Buat seseorang yang sentiasa ragu untuk mencari jalan pulang kepada Tuhan. Satu pesan daripada seorang hamba yang pernah melalui jalan kegelapan.

" Jangan pernah ada keraguan bila bergantung harap kepada Tuhan "

...................................................................................................................................................................



Tunjukkan kasih sesama manusia.
Sebarkan pada manusia agungnya cinta pencipta.
Agar di taman syurga.
Kita masih bersama.
Tapi tiada lagi rasa duka atau derita.

4 comments:

a t e n said...

aaa.. i like this one!! kbai

Anonymous said...

waiting for the fourth

syakir salman abdul latif said...

thank you again for the support. i will always try better and better.

syakir salman abdul latif said...

if i have another idea i will update it again. btw thank you for the support.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved