>

Sunday, June 16

Hari Bapa' 13

radioactivesamosa:

Morocco - Steve McCurry

Papa,
tegasnya untuk mendidik,
lembutnya tetap terselit.

Papa,
lemahnya tiada mematahkan,
kuatnya tidak melukakan.

Papa,
kasihnya tersembunyi pada usahanya,
sayangnya hadir dalam doanya.

 Lima tahun aku lari. Lima tahun aku sembunyi. Lima tahun juga aku cuba mengawal diri. Benar, memang ini yang aku nanti. Ini juga yang aku cari. Tapi, aku tetap dengan prinsip diri. Bahawa seseorang yang benar-benar aku sayangi, bila jasadnya pergi ianya takkan pernah diganti.

“ Mak, berilah pelbagai alasan along takkan pernah terima. Mak hanya pentingkan tentang diri mak sahaja bukan tentang masa depan keluarga kita ”, kataku sebelum aku nekad dengan keputusan aku untuk keluar meninggalkan rumah.

Jiwa remaja jiwa yang muda. Benar, ada remaja yang matangnya melebihi usia. Ada jua yang bertindak tanpa berwaspada.

          Semalam, angah menelefon aku.  Dia merayu padaku, dia memohon padaku. “ Along, pulanglah ke rumah. Walau hanya untuk seketika. Hayat papa sudah tidak lama. Dia inginkan along ada di sisinya. ” rayunya padaku. Hati aku masih tetap keras membeku. Aku tidak pernah terima dia sebagai papa aku. Dia seorang yang asing bagiku.

        Biar aku dilabel derhaka. Aku tidak akan pernah terima. Kini, aku telah berjaya. Dengan usaha aku sendiri tanpa pertolongan daripadanya. Dia bukan insan yang selayaknya.

        Lamunan aku terhenti seketika. Saat hati aku kembali terbuka. Bila aku kembali luka. Dengan ayat yang membuka mata. Sebuah rona dusta telah tegak menjadi nyata. Buat sesal tiada berguna. Insan tiada tak pulang ke dunia.

“ Ahmad, dulu aku ada memberi kau pinjaman bila kau hampir saja digelar muflis bukan? Dan aku rasa kau juga tak lupa sewaktu kau ingin membayar kembali wang yang dipinjam, aku ada memberitahu kepada kau bahawa itu hak kau bukan? Sebenarnya, itu adalah wang yang diberikan oleh ayah kau. Tapi, dia meminta untuk aku merahsiakan daripada pengetahuan kau. Kini, aku rasa kau harus mengetahuinya kerana dia sudah tiada dan aku terhutang budi kepadanya. ”

Kata-kata ini masih aku ingat. Kata-katanya tepat menuju ke dalam hati aku yang tersirat.

Kini, tiga tahun dia telah pergi. Aku baru pulang untuk menziarahi ahli keluarga yang dicintai. Aku pulang untuk tebus kesalahan ini. Kesilapan yang benar benar aku kesali.

Sesampainya aku di rumah. Angah menyambut kepulanganku. Aku terus memohon ampun kepada ibuku. Tersenyum dia memaafkan diriku. Sesudah makan petang, sedang aku berehat. Ibuku memberikan sesuatu kepadaku. Sebelum membuka balutannya. Aku membaca nota kecil yang diberikan.

       “ Kasih seorang bapa hanya sekali. Kerna seorang bapa mampu mempunyai ramai isteri dalam satu masa sekali. Tetapi, isteri-isterinya tetap punya seorang suami. ”

Aku terus membuka balutan itu. Di belakangnya tertulis satu ayat yang menggamit hati.

      “ Kita mungkin bukan seperti anak dan bapa. Tapi, papa bimbang andai Ahmad teringatkan papa. Papa tidak pernah ada satu kenangan dalam diri along. Mungkin along tidak mampu memeluk papa bila sedar hakikat ini, maka kucuplah gambar ini bila papa diinginkan kembali. ”

Aku terus menatap pemberian itu. Bila saja aku melihat ke arah hadapan.
Mata aku tertumpu pada sebuah potret seorang pelukis yang tetap terus senyum gembira. Itu, gambarnya. Satu-satu yang aku punya pasal dirinya.

Dengan tertulis satu tulisan kecil di sudut hujung sebelah kiri,

“ Bila seseorang pergi, ada masa dirinya akan diingati. Jangan lupa doa kepada Ilahi “
…………………………………………………………………………………………………...............................................................................................
Ada si kecil,
hilang bapa di waktu manjanya.

Ada si remaja,
punya pengganti bapa saat remajanya.

Ada si dewasa,
berbakti pada bapa di akhir usianya.
Ada pula yang mensia-siakannya.

Walau tempatnya hadir pada saat yang ketiga,
tanpa dia tidak lahir sebuah keluarga.

Ada yang menagih simpati mohon pengganti,
saat yang senang tak bersyukur apa yang dinikmati.

Selamat Hari Bapa

" And you should know that every time I raise my hands and utter a dua to my Creator,
your name shall be present. "

p/s:

Hargailah mereka yang perlu dirai.
Walau hadir sebagai pengganti.
Tiada niat untuknya mencuri.
Hanya bertujuan untuk melengkapi.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved