>

Tuesday, June 18

Cinta Kita 4.

 

littlegreybook:

“We mistake sex for romance. Guys are taught that pushing a girl up against a wall is romance. Sex is easy; you can do it with anyone, yourself, with batteries. Romance is when someone you like walks into a room and they take your breath away. Romance is when two people are dancing and they fit together perfectly. Romance is when two people are walking next to each other and all of a sudden they find themselves holding hands, and they don’t know how that happened.”—John C. Moffi 

" Kalau cinta tidak mula dengan berkenalan, biar Tuhan akhirkan dengan perkahwinan "

Aku lihat dia tidak selesa. Aku tahu ini pengalaman baru baginya. Aku cuba untuk menerima walau dia rasa terpaksa. Aku cuba untuk membimbingnya walau dia tetap dengan keputusannya. Aku nekad, akan cuba mengambil hatinya.

Aku sentiasa berpegang dengan kata-kata,
" Akan selalu ada ruang untuk seseorang kembali kepada Tuhan, selagi hati diselitkan dengan kemahuan. Jadi berikan seseorang itu peluang, agar dia lihat masih ada jalan yang terang "

Malam itu, aku cuba untuk memberi sinar biar tidak diselubungi kegelapan.

Lihat bulan, begitu setia menerangi malam,
ibarat Tuhan tidak pernah tinggalkan hambanya yang bermuram,
hati mana tidak pernah kelam,
jiwa mana tak pernah tenggelam,
hidup mana tidak pernah karam,
apa guna awak bermuram.

Lihat matahari, terang benderang di pagi hari,
ibarat Tuhan sentiasa memerhati,
menunggu pendosa untuk kembali,
mengharap hamba sesal di hati,
tidak guna salahkan diri,
minta ampun pada Ilahi.

Sebelum tidur, nota kecil ini aku beri kepadanya. Sambil sabar menanti reaksinya. Lepas dia tekun membaca, aku lihat airmata mengalir membasahi pipi kecilnya. Aku tahu ini perkara biasa. Kuat mana pun seorang perempuan, air mata setia jadi penemannya. Aku hulurkan tisu kepadanya.

Lama dia diam untuk seketika. Tiba-tiba dia mula bersuara, " Kenapa saya? ", itu soalnya. Saya hairan, " bukankah janji Tuhan, perempuan baik buat lelaki baik. Perempuan jahat buat lelaki jahat. Awak baik, tapi saya tidak. ", tambahnya lagi.

" Perempuan jahat mana yang mengalirkan air mata mendengarkan kalimahNya? Perempuan jahat mana yang lama sujud kepadaNya? Perempuan jahat mana yang dengar perintah ibubapaNya? Perempuan jahat mana yang taat pada kata suaminya? ", itu soal aku kembali. " Baik? Itu bukan ukurannya jika hanya lihat pada amalnya  tapi tidak pada hatinya. Mungkin ada ketika hati saya juga tiada ikhlas di dalamnya, tapi ada jua masa saya sungguh-sungguh amalkannya.", aku menambah.

" Awak tidak akan faham, sekuat mana saya berjuang untuk tinggalkannya. Keputusannya tetap sama. Kisah silam mengejar saya. ", dia balas kembali.

" Sebab hanya diri awak yang ingin lari dari kegelapan. Tapi hati awak masih ada keraguan. Cuba beri hati awak harapan. Biar diri terus bertahan. Setelah berusaha cuba serah kepada Tuhan. " , hanya ini jawapan yang mampu diberi.

Malam itu, aku berbisik kepadanya.

 " Biarkan malam ini terus dengan kegelapan. Esok hari pasti dihiasi dengan ketenangan. Biar kita terus cuba untuk berkenalan, biar kita terus berkasih sayang. Biarkan luka lama seperti dulu, tapi awak insan yang baru. " Aku mula lihat senyuman manis terukir di pipinya.

Aku mula percaya cinta ini pasti berkekalan selagi ianya direstu Tuhan.

4 comments:

Anonymous said...

true story??how deep... :)

syakir salman abdul latif said...

i don't know if this had happened in real life. this is what i feel and i wrote it. btw thanks again.

Anonymous said...

Nicee :)

syakir salman abdul latif said...

thank you for the support mr/mrs anonymous

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved