>

Tuesday, June 25

Cinta Kita 5.


" Jangan miliki hati ini, andai kelak akan dilukai "

" Aku memang manusia paling berdosa ". Terdiam aku buat seketika saat lagu ini dimainkan di corong radio. Saat aku mula tenggelam dalam igauan. Timbul pula kenangan yang begitu perit untuk diingatkan kembali.

Lima tahun dahulu. Aku terdengar pintu rumahku diketuk berkali-kali. Aku cuba untuk menyoal, namun sayang soal aku tidak berbalas saat itu. Aku terdengar ketukan pintu buat kesekian kalinya. Saat aku membukanya, berdiri seorang anak kecil. Perempuan, aku kira enam tahun usianya. Aku cuba bertanyakan siapa dirinya, tiada jawapan yang diberikan pula. Lantas, dia memberikan aku sepucuk surat, aku menjemputnya masuk. Setelah beberapa ketika, aku meneliti surat yang diberikannya.

Aku mula tertarik pada pengenalan suratnya,

 “ Cintai yang memberikan cinta agar bila dikau karam dalam ajakan cinta manusia, kau masih kekal ingat kepadaNya. “

Mungkin beberapa tahun dulu, saya karam dengan kata-kata manis awak, mungkin saat itu saya tidak berfikir panjang kerana leka dengan buaian manja awak, mungkin ketika itu saya belum matang dalam menilai keperibadian awak, mungkin juga saat itu saya terlampau menyayangi awak. 

Kita fikirkan tentang masa depan bersama. Kita inginkan kehidupan bersama.  
Tanpa saya sedar ada tika manis itu hanya sementara.

Saat nafsu menguasai manusia. Fikiran tidak lagi bersama. Tergadai maruah dengan ayat-ayat cinta kerana pujangga hilang maruah puteri yang telah lama elok dijaga. Setelah puas dimamah segalanya, alasan diberi tinggalkan dirinya. Tanggungan puteri membesar dek peredaran masa akibat termakan hasutan durjana.

Saat itu, baru saya sedar segalanya. 
Kita yang bersalah, mengapa satu “malaikat kecil” yang tidak bersalah harus dibuang untuk tambahkan dosa.

Hanya kerana seorang pendosa telah membuat dosa, 
tidak layakkah untuk dia mendapat tempat hidup bersama manusia yang bukannya berkuasa?

Kesedaran membuka matanya. Bahawa ada manusia penuh dengan kotor di hatinya.
Aku mula sedar. Aku mula yakin
Bayang-bayang tidak mampu untuk dikejar, hanya mampu didamping. 
Didamping saat adanya lorongan cahaya.
Itu manusia.

Semalam saya menangis, sembunyikan diri. 
Semalam juga saya mohon simpati. Syukur Tuhan masih mengasihi. Belum sempat menghunus diri, datang manusia baik menghampiri. Memberi harapan kepada diri. Agar tidak berpaling dari Ilahi.

Maaf, susahkan awak untuk menjaga anak kecil yang tercinta. 
Kalau mampu saya ingin melihatnya sehingga dewasa. 
Tapi, apakan daya, hayat yang diberi tidaklah lama.

" Ada masa bunga di taman, tidak pernah membuat salah. Dia hanya cuba untuk menyerlah. Tetapi, kita petik, kita punahkan. Dengan harapan bunga yang dipetik itu mampu memikat hati sang pemuja. Bila sudah hilang cantiknya. Kita biarkan ia menjadi layu, kita mula mencari yang baru. "

Biar dosa ini ditanggung sendiri. Biar kisah ini menjadi pengajaran buat segenap bidadari. Agar mereka tidak mudah tewas pada kata-kata manis si lelaki. Yang rela dilayan sebagai hamba abdi. Bila puas nafsu sendiri, mula cuba hilangkan diri.

Surat itu diakhiri,
" Bukan saya tak percaya lelaki. Cuma dengan pengajaran ini buat saya makin dekat pada Ilahi. "

Malam itu, aku mula sedar. 

" Kepercayaan tidak perlu dipaksa, hanya hadir dengan terbitnya satu rasa. 
Rasa cinta pada Pencipta. Rasa kasih pada manusia. 
Rasa sayang pada dirinya.  "

Anak kecil itu, mula aku kucup di dahi, di pipi. Moga kesalahanku dirawat kembali.
Sebelum aku dibawa pergi.


Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved