>

Friday, May 31

Cinta Kita 1.


Dalam kehidupan,
bohong andai kata tidak pernah kenal erti cinta,
rasa sayang kepada seseorang.

Seseorang pernah meluahkan,
tidak kurang ada juga yang menerima luahan.

Cuma ada tika,
ada cinta yang tidak berkekalan,
tapi tidak semestinya tiada wujud lain peluang.

Saat melihat cerita hindustan,
kita yakin bahawa cinta itu adalah persahabatan.

Tidak kurang,
ada pula yang menganggap cinta itu Tuhan,
kerna cinta itu buat kita berada di awangan,
berterbangan dan bertebarkan dengan keindahan.

Tapi, sayang bila cinta itu hanyalah dibuat mainan.
Dibuat khayalan dalam sebuah kehidupan.

Cuma bagi aku mungkin ianya berlainan;

Cinta itu adalah kasih.
Kasih itu membawa kepada wujudnya sayang.
Sayang itu hadirnya rindu.
Rindu itu luahan perasaan dan penghargaan tidak kira untuk seseorang atau pada Tuhan.

Tapi,
" bagaimana kalau cinta itu buat kita lupakan Tuhan? "

Jawab aku mudah,

"Siapa suruh cinta selain Tuhan?
Siapa suruh cinta melebihi daripada cintakan Tuhan?"

Dengan pernuh hairan aku menyoal dirinya,

"Aku hairan dengan mereka yang asyik bercinta dengan dosa,
tanpa ada rasa malu Tuhan menagih dirinya untuk luahkan rasa taubat cinta padaNya."

Andai benar ciptakan Pencipta cukup dengan kau menjaga hambanya bukan dengan mengawalnya.







No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved