>

Wednesday, May 1

Sisa Kehidupan 2.


The soul would have no rainbow if the eyes had no tears.
— Indian Proverb


Dulu, aku fikir cinta itu perlu,
Tapi, bila ku lihat ramai terluka, aku yakin ini bukan waktuku,
Kerna tiada niat buat manusia untuk terus menunggu,
walau dalam diri tetap meronta mahu.
Aku pasrah dengan ketentuanmu.

Dulu, aku fikir teman yang baik sentiasa bersama,
hingga aku lupa bukan semua teman punya niat yang sama,
ada teman bertukar rupa, ada kawan jatuhkan kita,
pengajaran kisah syaitan yang derhaka,
buat manusia agar berjaga.

Dulu, aku lihat keluarga hanya aset yang kabur,
hingga bila aku gagal, aku lihat mereka menghulur,
tiada niat untuk tersungkur,
tapi hati tersentuh bila mereka jujur.

Dulu, aku lihat yang berjaya pastinya dihormati,
hingga aku lupa, itu semua kurniaan Ilahi,
bila diberi bakal diuji,
lalu aku mula lupa diri.
Satu saat aku ingin kembali.

Bila lupa, ingatkan kembali,
bila lalai, tegurkan sekali.

Bila sudah letih diuji,
ambil masa untuk kenang kembali.

Pernahkah dia jauh dari sisi,
walau leka kau larikan diri?

Bila masa untuk kau cuba memahami?

Lihat bayang ia muncul bila adanya cahaya,
tapi cuba kau sentuh ada rasa jasadnya?
Begitu juga agungnya yang Esa,
walau tidak mampu dipandang mata.

Ada masa hati lebih jauh memandang kerna ia mempunyai rasa.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved