>

Monday, April 29

Sisa Kehidupan 1.



Angin bertiup kencang,
pokok-pokok mula bergoyang,
bila kita selalu senang, hati akan menjadi tenang,
hingga kita lupa akan ada dugaan bakal mendatang.

Perihal semalam, masih segar dalam ingatan,
akan terus menjadi pengajaran,
bahawa bukan segala impian menjadi kenyataan,
bukan segala permintaan dikabul Tuhan,
tapi apa yang nyata tetap berserah kepada Tuhan.

Bila diri sentiasa mengukir senyuman,
saat air mata mula bercucuran,
baru tahu siapa teman,
baru kenal siapa lawan.

Hayatilah sisa-sisa kehidupan selagi masih diberi peluang,
selagi masih mendapat ruang.






No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved