>

Saturday, May 4

Pilih 13.



Bendera sana sini,
bagi semangat buat pengundi.
pelbagai calon pilihan pengundi,
masing-masing ada undi tersendiri.

Jangan manifesto hanya janji yang diberi,
tidak berguna andai tidak tepati,
jangan kalilah hanya disebar sebelum mengundi,
tetapi amanat ditolak ke tepi.

Jangan hanya sibuk berkempen di malam hari,
tapi esok Subuh ke masjid payah nak mari,
tak perlu nak kutuk mencaci,
hanya cukup ikhlas di hati.

Jika menang bersyukur pada Ilahi,
jangan lupa amanah diberi,

Moga dipermudah pada esok hari,
moga kerajaan dibentuk dengan redha Ilahi,
selamat bertugas kepada menteri,
duit rakyat jangan disonglap cara sembunyi.

Moga yang perlu dibantu terus dibantu,
jangan ada pengundi hantu.

Semoga yang tersurat ditambah dengan tersirat,
agar Ummah bertambah berkat.

Tuhan,
sesungguhnya engkau tahu apa yang tidak kami tahu.
Tapi,
tidak bermakna kami harus mengalah terus pohon kepadamu.
Kerna kami tahu apa jua redhamu, itu jua terbaik buat hambamu.

Selamat mengundi,
buat lelaki dakwat kekal jangan dibuat inai mencari isteri.
#GE13 #HappyVoting

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved