>

Tuesday, May 7

Anak Muda.

والله يحب الصابرين

AND ALLAH LOVES THE PATIENT."

Bila janji hanya kiasan, jangan manusia dijadikan umpan,
inginkan kuasa dan kesenangan, hingga yang lain ditindas keadilan.
Ada masa pilihan berlaku perubahan, tapi tidak bermakna tiada kepercayaan,
mungkin masa berlakunya anjakan.

Masing-masing punya akal fikiran, jangan disekat sebarang kebebasan,
bila manusia berlari bertempiaran, bersuara menuntut keadilan.
Jangan diperli ini pula keganasan jalanan.

Mungkin ini suara kesedaran, mula bangkit selepas kesengsaraan.
Manusia bukan barang mainan,
yang bisa kau beli dengan kekayaan, dibuang dengan penindasan.
Ada manusia yang mampu dibeli dengan harta kekayaan, tapi sayang kegembiraannya tidak berkekalan.

Saat galau mencipta harapan,
jangan selesa dengan kekuasaan, ada masa rebahnya di jalanan,
saat itu Tuhan murka mengugat kebimbangan.

Mana pergi erti kebebasan, bila fikiran disekat separuh landasan?
Mana pergi bahana kesedaran, bila fizikal dibeban dengan kesusahan?

Saat manusia bercakap,
kau salahkan murai menjaga tepi kain manusia?
Saat manusia bersuara,
kau salahkan monyet tidak bersyukur dengan pemberian bunga?

Mana pergi nilai manusia,
mana khilaf seorang hamba?

Bila dunia terlalu asyik,
semua kejahatan dilihat menarik.

Jangan satu masa,
bila amal ditimbang tara,

mula kau pinta kemaafan manusia.

Manusia yang kau tinggal bila dah kaya,
bila dah kuasa,
bila dah punya segala.

Hingga kau merana meminta Syurga,
diseksa Malaikat, diheret ke Neraka.
Saat itu kau mula meminta, kau mula berdoa.

Tuhan, ampunkan hamba.
Maafkan hamba.
Terimalah hamba masuk ke Syurga.

Saat itu segalanya sudah tidak lagi bermakna.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved