>

Monday, May 27

Kisah sebuah buku.


Adat manusia,
bila dah diberi, tak pelik bila minta kembali,

Ada satu kisah,
" Seorang kawan, dia memberikan buku lama kepadaKu. Buku yang telah disentuh, dicemar dengan kotoran. Bila dilihat dari luar nampak biasa, tapi tidak pada zahirnya"

Aku tetap menerimanya.

" Aku bersihkan kotoran itu, aku balut kembali buku itu. Buku lama tetapi zahirnya telah diganti dengan yang baru. Tapi, bukan aku saja yang memberikan nafas baru kepada buku itu. Pengalaman daripada apa yang diceritakan buku itu yang mengajar aku, bahawa kehidupan tidak seindah yang kau tahu"

Bila buku dah cantik. Siap berbalut
Kawan itu minta kembali apa yang pernah diberi kepada aku suatu masa dulu.

Manusia,
bila ingin memiliki sesuatu barang,
sentiasa inginkan barang yang berbalut,
walau dulu perintah Kuasa tak pernah diturut.

Bila cantik luaran menjadi pujaan,
hati tetap kosong walau diberi kebahagiaan,
bila dipandang pada dalaman,
hati kotor masih mampu diperbetulkan.

Di akhir perbualan,
aku tidak memberikan buku itu kembali. 
Tetapi aku tetap memberitahu akan menyimpannya, menjaganya.

Aku kata kepadanya,

" Suatu waktu dulu, aku menerimanya bukan niat untuk mencantikkannya, tetapi kerana aku tertarik akan kisah yang terkandung di dalamnya. 
Tapi, bila kini kau tertarik kerana kecantikannya, aku bukan tidak mahu memberi, cuma aku tidak mahu pengajaran yang aku dapat daripadanya hanyalah sia-sia."

Sentiasa ada sikap liar dalam diri manusia,
tapi tak semestinya tidak mampu dijinakkan oleh lain manusia.

Itu pasal kisah manusia diedar seperti sebuah buku.

2 comments:

a t e n said...

sy mengerti buku itu hanyalah satu perumpamaan.dia yg dlu punya mslh dtg kpd mu dan stlh kamu beri sinar baru. dia itu berlalu pergi. itu pemahaman sy. hehe

Wook said...

terima kasih atas perkongsian. masing2 ada tafsiran, terpulang tentang pemahaman. terima kasih sekali lagi :)

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved