>

Tuesday, May 21

4 di 13



Siapa tak mahu mak rasa bangga,
siapa tak mahu ayah tersenyum gembira,
lihat anak-anaknya berjaya.

Nak berjaya ada caranya,
doa senantiasa perlu diminta,
diri dibekalkan dengan usaha,
penat lelah tawakal janganlah pula dilupa.

Sebelum periksa, mintalah restu ibubapa,
agar diingat segala yang dibaca,
biar dipermudahkan segala perkara.

Tak guna berjaya andai tiada jujur,
sudahlah tiada jujur diri pula berlagak takbur.

rabbi yassir walaa tu'assir.
rabbi tammim bilkhair.


Andai ia sulit maka permudahkanlah,
andai ia sembunyi maka keluarkanlah,
andai ia hilang maka kembalikanlah,
andai ia gelap maka terangkanlah.

Moga kejayaan mampu bertunas,
bila diri sudah berhempas pulas.

Tidak diberi dugaan melebihi kemampuan yang dikurniakan.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved