>

Tuesday, April 16

Pokok cinta.



Ada masa bila kita sendiri, kita ingin rasa dimiliki,
kita mula memberontak di dalam hati,
yang lelaki mencari bidadari si rusuk kiri,
wanita menagih si imam yang berdikari,

ada masa, apabila kita melihat perihal manusia,
kita terpesona dengan katanya,
kita terpikat dengan peribadinya,
tidak kurang ada jua yang terpikat dengan paras rupanya.

Setiap orang ada ciri-ciri pilihannya,
setiap orang ingin ada kisah cintanya.

Adakah jodoh bila tidak meluahkan?
Adakah sayang bila tidak ditunjukkan?
Adakah kasih bila tidak dikisahkan?

Ada sebuah cereka, buat pengajaran pembaca,
kisah Ali dan Az-Zahrah si puteri baginda.
Suatu masa ingin sekali Ali merealisasikan cintanya, tapi dia tidak punyai apa-apa.
Itulah Ali sepupu baginda.

Saat hati berbunga cinta. Datang ujian dikhabarkan melanda.
Datang As-Siddiq, sahabat baginda, sedar dirinya tak punya apa,
dia pasrah dengan perasaannya.
Katanya, "aku dahulukan Abu Bakar atas diriku, dan aku utamakan kebahagiaan Fatimah  atas cintaku."

Ujian pertama telah ditempa, datang pula dugaan kedua,
bila Umar meminang puteri, Ali redha cubaan ini.
Pernah suatu ketika, Ali memberitahu ingin sekali dia meminang Fatimah tapi tidak punyai apa-apa.
Itulah penghalang baginya.

Setelah cabaran dilalui, jodoh Ilahi tak siapa ketahui,
bersatu bersama selamanya dimiliki.
Bersatu juga Ali dengan seorang digelar serikandi.

Suatu riwayat dikisahkan, Fatimah berkata kepada Ali,
"Maafkan aku kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah sekali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda.
Ali berkata, "Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah dengan diriku? Siapa pula pemuda itu?"

Sambil tersenyum,
"Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu."

Ada cinta,
tidak perlu dicari sepanjang masa,
cukup dengan cinta Yang Maha Esa.
Kerna,
bila bercinta dengan yang Kuasa,
dia berikan hamba sebagai hadiah pembalas cinta.

Kawal nafsumu dengan tugu imanmu,
tunggu jodohmu dengan hati sabarmu.

Bila ia datang kau pasti mengerti, kau pasti mensyukuri.





Tak perlu jauh mencari,
Dia setia di sisi,
Tak perlu terluka di hati,
Dia akan ubati.
Cukup percaya Ilahi,
segala yang baik akan dimiliki.





No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved