>

Friday, April 12

Noktah Cinta.

Rindu bukan saja pada jaraknya, tapi pada masanya.
Cinta bukan saja pada bahasa, tapi pada lakunya.


Seorang pemuda. Hidupnya dengan penuh jenaka. Tampannya buat yang memandang akan terpesona. Budi bicaranya lembut dalam berbahasa. Badan sasa pujaan penggoda.

Seorang wanita. Lembutnya memikat yang memandangnya. Diamnya penuh makna. Setianya diuji pasangannya. Dengan menunggu sabar penemannya. Menunggu jejaka idaman melamar dirinya.

Pemuda sempurna diuji penciptanya. Hitam gelap menghiasi dunianya. Dugaan ini, berat baginya. Mahu atau tidak dia harus laluinya. Hingga datang seorang wanita. Yang lemah lembut dalam amalnya. Dia, wanita sama pada mula babak pencerita. Lama-lama sama-sama memendam rasa.

Bila jejaka meluahkan rasa. Jawapan ditunnggu tidak jua kunjung tiba. Disangka hatinya sudah kecewa. Membawa diri kerana merana. Tinggal yang tersayang walau terpaksa kerana ragu bimbang terluka.
Berhijrah jauh ke luar kota. Cuba memahami bahasa si buta. Telah lama belayar jiwa. Hati yang luka pulih sepenuhnya. Pulang kembali ke tempat yang sama. Memori tersimpan dibuat seloka. Dibuka kembali sejarah lama. Jawapan tersembunyi tersingkap akhirnya.

Datang seorang wanita. Tua, dalam lemahnya. Dia memberikan sesuatu benda. Dibuka sang buta, braille yang diterima. Akhirnya, air mata bercucuran di muka. Pergi selamanya wanita tercinta.

Di nota braille-nya tersingkap satu rahsia,

" Saya bisu, saya tidak sempurna, tapi awak memberi, saya terima"

p/s:

Ada kala. Kita tak sedar, ada pencinta setia di sisi.
Sebagaimana setianya Ilahi.
Kerana kita terlalu jauh mencari
Hingga tak sedar yang selalu berbakti.
Bila ia pergi, menangislah hati.
Untung rugi sedialah hadapi.

 Ada masa,kita melukis hati, agar sedar hati itu tak akan mati.


Beritahu hati,
bahawa sayang, 
cinta tidak semestinya bermula di sini,
tapi cukup atas redhaNya Ilahi.

Bila melihat yang bercinta,
tipu kalau kita tidak terasa mahukannya,
cuma itu ujiannya.

Ada masa sayang bukan pengakhiran dengan hambaNya,
tapi ia bila iman di hatimu bertambah mencintai penciptaNya.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved