>

Friday, March 22

Tahu tak?


Ada masa dan ketika,
bila kita inginkan sesuatu makin lama ia makin sukar untuk dituju,
hingga akhirnya kita jumpa satu jalan buntu.
Maka kita mula mencari satu demi satu insan mana yang datang terus membantu.

Tahu tak sunyinya rasa keseorangan?
Tahu tak bila rasa ditinggalkan? Tahu tak apa rasa dipinggirkan?
Tahu tak apa erti satu kelukaan? Tahu tak apa erti hilang suatu tempat luahkan keluhan?

Dari kecil,
hidup kita diatur, ada masa gaji ibu ayah tidak seberapa,
tapi mahu lihat anaknya berjaya, walau tahu anaknya hanya biasa,
salah siapa, salah siapa?

Bila anak tidak berjaya, pasti hampa tetap ada,
mulalah cuba salahkan segala, konon tiada usaha sewaktu remaja,
salah siapa, salah siapa?

Dikatakan hidup terlalu lama,
berbagai pengalaman telah dirasa, segala alternatif pernah dicuba,
tersilap langkah lain pula menjadi mangsa,
salah siapa, salah siapa?

Dibaca dari mula hingga ke sini,
pasti tahu salah siapa, pasti sedar salah siapa,
itu kalau dibaca dengan pemahaman, tapi tidak andai berhikmah,

bukan salah siapa yang dicari,
tapi apa pembentukan yang dipelajari.

Dalam mencapai sesuatu, kita perlu hilang sesuatu.
Tapi, jangan hilang yang satu,
kerna bila hilang yang itu, datang lah yang lagi satu,
yang hati gelap berupa hantu,
hidup pasti akan celaru, buat kita tidak menentu.

isaytomatoh:

i-am-thewalrus:

me on the icy hills

me everyday of my life

Kalau tahu sakitnya jatuh,
cuba menari untuk mengawal sakitmu,
kalau ada perasaan malu,
cuba kawal nafsu haiwanmu,
kalau tahu apa yang ingin dituju,
bawa sekali Allah setia di sisimu.

p/s: 

Selamat bercuti warga Uia serta semua budak sekolah.
Pastikan segala yang dibuat sentiasa bermanfaat.
Tahniah pada semua yang cemerlang, cuba lagi pada yang kurang bertuah.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved