>

Friday, February 1

Review ( Susu beras)

Assalammualaikum w.b.t

Untuk bulan Februari ini seperti yang dah di "wishlistkan" pada tahun lepas. Nak buat some review based on produk yang ditaja oleh pihak penaja. Untuk makluman post hanya akan dibuat atas bekalan pihak penaja saja.

Sebagai student rasanya memang semua orang mahukan sesuatu yang murah. Tak kurang juga semua orang ingin kelihatan cantik, menarik, tertarik gitu. Then, ada lah try satu produk ni. Dah orang nak bagi so I layan saja lah. Then alhamdulillah lepas guna I rasa kulit I makin menawan plak. I tahu lah I lelaki nak beritahu pun geli tapi I memang suka try barangan untuk kecantikan dan kesihatan ni. Lelaki pun kena bergaya what. 

So, I gunalah dua produk ni. Sabun susu beras kolagen dan pencuci muka.

1. Sabun susu beras kolagen

Untuk sabun susu beras ni. I suka sebab ianya sangat murah dan wangi. As a student I memang suka benda murah ni. Tapi murah haruslah berkesan. Untuk sabun beras ni I guna I potong 2 sebab separuh I guna untuk muka separuh I guna untuk badan. Untuk muka, bila I guna rasa kulit lagi tegang. Badan pula ada bau wangi sebab memang ni kesannya.


2. Pencuci muka

Untuk pencuci muka sebab I biasa guna L'oreal Men punya so setakat ni alhamdulillah saja kesannya. Yang I rasa kesan paling ketara ialah mungkin kulit kurang berminyak. Tapi sebab I sekejap guna L'oreal sekejap guna yang ni so I tak tahu yang mana bawak kesan. Tapi I suka sebab bau wangi sampai kadang-kadang I rasa macam nak jilat-jilat pencuci muka ni.

Antara sebab I yakin untuk guna dua-dua produk ni pasal I ingat lagi dulu-dulu time muda-remaja tu mama I tu pernah lah kata air basuhan beras elok untuk kulit. So memandangkan I ni student takkan lah tiap-tiap hari I kena pergi kafe untuk mintak air basuhan beras kat mak cik kantin tu so I rasa worth lah produk ni.

So, kalau adalah yang berminat bolehlah contact I. Nanti dapat lah I hubungkan pada pihak penaja. Dapat juga lah I komisyen lebih.

Insyaallah, nanti kalau ada lagi penaja lain nak taja I buat review lagi. Terima kasih.

p/s:

Blog I masih pada post yang sama. Iaitu pasal hal-hal sekeliling.
Cuma kalau ada "review" saja postnya berbeza.

Terima kasih atas segala support.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved