>

Wednesday, February 6

Sahabat Najwa.

hahah, coolest bear everrr.

Ada kala kita mempunyai seseorang yang kita benci tetapi kita cuba memalsukan diri kita dan meyakinkan kepada dia bahawa dia sebenarnya adalah seorang sahabat kepada kita walau hakikatnya mungkin tidak. Setiap orang pasti akan mengalaminya.

Hanya kerana dia tidak sefahaman dengan kita maka kita cuba untuk mengelaknya. Namun bila bersua muka kita cuba untuk berbuat baik dengannya. Sebuah kenyataan yang pahit ditelan namun ianya adalah sesuatu yang gemar untuk dilakukan.

Kita tidak mampu mencium "punggung" diri kita sendiri. 
Tetapi, kita mampu mencium "punggung" orang lain namun tidak bermakna kita sanggup untuk melakukannya. 

Maka, hanya kerana kita tidak mampu membuatkan orang lain mengikut telunjuk kita tidak bermakna kita harus memaksa orang lain pula untuk mengikut tingkah laku kita. Kerna masing-masing diberi pilihan begitu juga semua orang berhak untuk diberi peluang.

Jangan kerana keburukan seseorang itu menjadi alasan untuk kita cuba menjauh sedangkan ada orang lain merasakan keburukan di dalam diri kita tetapi masih cuba untuk menerima kita selama mungkin.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved