>

Saturday, November 24

Surat buat seorang ibu.

Aku terpegun dengan kekuatanmu. Dirimu masih tersenyum walau kesakitan itu menganggu. Ketabahan dirimu membuat aku takut, takut akan kehilangan dirimu. Suatu masa, aku mula bertanya, apa akan terjadi pada diriku, bila kehilangan dirimu. Akhirnya, aku buntu tanpa jawapan yang mampu menyelesaikan permasalahanku.

 b0nds0fl0ve:

For every broken heart, Allah is there. 
For every broken heart, Allah is there. 

Tapi. Ada masa mungkin diriku silap. Aku tidak mengerti aturannya. Aku tidak cuba untuk memahami kekuasaanNya. Setiap yang hilang pasti berganti. Aku juga harus cuba untuk terus mengerti.

Aku lemah bila melihat dirimu kehilangan sesuatu yang mungkin harus dirai. Namun ini takdir yang harus ditempuhi. Malaikat kecil itu pasti bahagia di sisi Ilahi. Kelak esok dia pasti mengerti bahawa ibunya ini telah berjuang sehingga ke akhir.

  

Aiskrim itu cair. Ia juga mampu dibuat dengan pelbagai bentuk.
Cairnya aiskrim itu ibarat patah hati. Dan pembentukan aiskrim itu memberikan suatu gambaran yang baru.
Sesuatu yang kita tidak tahu.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved