>

Monday, December 3

Kaca Putih

Dakaplah anak kecil dan pasti hatimu riang sentiasa.

Dalam kehidupan mana yang tidak punyai masalah. Setiap insan pasti akan mengalaminya.
Masalah dalam memperbaiki sebuah perhubungan, masalah dalam mencapai apa yang diinginkan, walhal juga masalah dalam membuat sesuatu keputusan, terutama dalam memilih pakaian yang sesuai ke kelas. Untuk nampak bergaya, selesa tetapi masih mampu mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Pada waktu kecil, menjadi seseorang yang dewasa adalah sesuatu yang kita inginkan. Kita beradu tenaga dengan masa. Adakala kita mungkin selesa dengan apa yang kita inginkan hingga kita lupa untuk menghargai apa yang kita mungkin terlepas.

Bila usia mula menginjak dewasa, kita mula merindukan saat kecil kita. Tetapi, ianya sudah tidak lagi bermakna. Kerana kita tidak mampu memutarkan masa. Ia bukannya satu kuasa yang kita ada.

Jangan pernah menyesal. Jangan juga pernah berputus asa.

Apa jua usia yang kita ada. Nikmatilah ia selagi mana kita mampu merasainya.
Masih ada yang ingin jadi remaja tapi dia dipanggil di usia yang muda. Masih ada yang menikmati usia tuanya tetapi terhenti nafas buat selamanya.

Dunia adalah suatu permainan kehidupan. Tetapi memberikan kenangan di dalam kotak ingatan.

Semalam, kita masih keanak-anakan.
 Hari ini, kita mungkin di usia remaja. Esok, kita pasti kembali berusia.
Putaran dalam sebuah roda kehidupan.

Menjadi kanak-kanak adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati. 
Senyuman kita menceriakan hati seseorang. 
Tangisan kita masih lagi didengari walau dilaksanakan dengan jiwa yang terseksa, terpaksa.
 Apa yang penting, masalah yang dihadapi tidaklah mampu membuatkan kita cepat berputus asa.

Andai kita luka sewaktu ingin cuba berjalan di waktu kecil. 
Mengapa ketika dewasa hati kita mengeluh kerana sesuatu masalah yang kecil?

Waktu kecil, menjadi seseorang yang dewasa adalah sesuatu yang kita inginkan. 
Tetapi memilih jalan kehidupan yang lebih baik apabila dewasa adalah sesuatu pilihan bagi satu perjalanan.

Pilihan adalah sesuatu yang perlu kita hadapi dalam meniti arus dalam sebuah kehidupan.

  



I have no special talent.
I am only passionately curious.
- Einstein

p/s:

Terima kasih pada support untuk post dulu. Untuk doa for my mum.
Maaf comment yang tak dapat dipublish.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved