>

Saturday, September 1

Aku dan lelaki.



Anonymous asked: Why do I always end up with unrequited love?
Someday it will be requited. You just have to wait.


Aku.
Seorang lelaki. Mungkin tidak perkasa. Tidak juga tampan wajahnya.
Tidak pandai bermain kata. Tidak bisa madah bicara.
Namun.
Aku masih seperti lelaki biasa.
Mencintai wanita. Juga ingin memilikinya.
Bukan dengan cara memaksa. Tapi bila hatinya dah sedia.

Aku.
Mungkin menjerit bila cerita seram dipandang mata. Mungkin bersedih tidak semena-mena.
Hati terusik secara tak sengaja. Tapi, aku masih normal seperti jejaka biasa.
Cuma.
Peribadiku berbeza. Aksiku juga tak sama.
Masih memohon untuk dijaga. Juga menagih layanan yang ketara.
Tidak mahu dipandang hina. Tiada juga hingga sampai dicerca.

Aku.
Tidak romantis dalam bercinta. Tiada daya memberikan segalanya.
Namun aku berjanji untuk tetap setia. Walau sikap kau dan aku nyata berbeda.
Tapi.
Jangan salahkan aku andai bertemu berpisah jua. Kerna aku tidak pernah memohon apa lagi meminta.
Tapi aku akan sentiasa buatmu bahagia. Walau dirimu pinjaman untukku hanya seketika.

Aku.
Seorang lelaki. Mungkin tidak pandai untuk membahagikan masa. Tidak juga pandai berjenaka.
Tidak pandai memasak apa kau suka. Tidak juga mahir berlagu syair yang selalu kau puja.
Namun.
Aku ingin membimbingmu seadanya. Dalam dekatkan diri kepada yang Esa.
Walau aku tidak sempurna. Namun ingin sekali bawamu ke syurga.

Kadang kala.
Kita mendoakan sesuatu yang sempurna. Yang tiada langsung cacat cela bagi diri kita.
Hingga ada yang terluka. Lalu pergi tinggalkan kita.
Mungkin.
Dia teman yang sentiasa bersama. Juga mungkin sentiasa ada bila kita susah lagikan berduka.
Masih belum terlambat untuk perbetulkannya. Cuma perlu yakin pada ketentuan yang Esa.

p/s:

Apa yang kita lakukan pada hari ini, bukan untuk masa depan. Tapi untuk perbetulkan masa lampau. Agar hari ini kita mampu buatkan diri kita bahagia. Supaya jika esok hari mata ini tidak lagi mampu dibuka, nafas ini tidak mampu lagi menghela, diri ini tidak lagi bernyawa. Kita sedar kita telah mempunyai satu hari yang benar-benar menjadi kenangan dalam hidup kita. Tidak kira kenangan itu suka atau duka. Asal ianya kekal di benak kotak fikiran kita.

submitted by http://laughalldaypartyallnight.tumblr.com/

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved