>

Friday, August 31

Tiga Satu Lapan.



I am, at the end of every day, responsible for my own state of being.

                                                          - Elizabeth Gilbert -

Seekor burung di dalam sangkar. Tidak bebas untuk ke mana-mana. Hanya mampu bersiul di dalam sangkar. Diberi makan diberi minum. Kalau tuannya berikan perhatian maka raihlah kasih sayang itu. Tapi, kalau tidak hayatnya mungkin berakhir  sekelip mata.

Seekor burung yang terbang bebas. Melayang ke mana ia mahu pergi. Perlu mencari makan dan minum. Kalau nasibnya baik kenyanglah perut terisi makan dan minum. Tapi, kalau nasibnya malang hayatnya berakhir dikejar pemangsa.

Merdeka? Apa makna?
Bebas atau dijajah. Tidak memberi apa-apa.
Hanya bergantung pada tuah dan nasib.

Andai dijajah bangsa lain. Mungkin terkongkong
Tapi, mungkin membangkitkan semangat untuk lebih berdikari.
Andai dipimpin bangsa sendiri. Mungkin terbela
Tapi, mungkin lebih terleka dengan kesenangan yang telah dijaja.

Dulu,
berjalan kaki ke mana sahaja.
Sekarang,
berbagai kenderaan menjamu mata.

Dulu,
pelajaran dicari berbatu jauhnya.
Sekarang,
pendidikan dikandung berserta penaja.

Dulu,
maklumat datang hanyalah seinci,
Sekarang,
cukup mencari di hujung jari.

Berapa lama pun negara Merdeka.
Semuanya tidak memberikan apa-apa.
Kalau masih penuh berdrama,
Dulu sekarang tiada bezanya.

Sesuatu telah hilang andai kata-kata tersirat memenuhi ruang, 
bait penghayatan lagi penuh kesedaran. 
Tak mungkin terlihat kesembunyian yang merona jika hanya renungan mata yang menjelma, 
atur kata yang tersusun eloknya
tapi tidak hati dan anggota yang mengambil cakna.

When I’m old and gray, I want to have a wife and some kids. 

With a lot of wonderful things around.

Where Independence doesn't means peace.

But filled with love.

Love to the only one and love to one another.



“The answers could be found, we could learn from digging down. 
But no one ever seems to be digging. Instead they’ll say,

" Well how could we have known? I’ll tell them it’s not so hard to tell,
if you keep adding stones, Soon the water will be lost in the well ”
- Jack Johnson -


p/s:

Tak sampai sebulan dengar mercun meragam untuk raya.
Semalam berdentum pula untuk Merdeka.

Tak tahu berapa juta jumlahnya.
Berapa ramai fakir miskin masih lagi harus merana.

Selamat Menyambut Kemerdekaan 55.
- MALAYSIA -


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved