>

Thursday, August 9

Rengekan Kehidupan ( Adaptasi Rantaian Manusia Kini)

taqwaacore:

Elvira Rahic ft. Hor Hazreti Hamza - Putnik (traveller)

May Allah forgive me of my sins. The outward and the inward. The intentional and the unintentional. May Allah forgive me for being a repeat offender, sinning the same sin over and over again. May Allah forgive me for being heedless. For being ignorant. For being arrogant, ungrateful, impatient. 

More importantly,

 May Allah forgive me for not seeking forgiveness for all the sins I have committed.


(the-brokenroad, 2012)

Satu masa. Pernah juga tertanya. Mengapa perlu wujudnya kemiskinan? Kedaifan? Bukankah Tuhan itu Maha kaya? Ke manakah kekayaan Tuhan itu?

Mengapa perlu ada jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin? Perlu ada diskriminasi antara berharta dan papa kedana? Bukankah Tuhan itu Maha adil? Di manakah keadilan Tuhan itu?


Mengapa perlu yang kuat terus kekal teguh tapi yang lemah tidak dipeduli? Mana kebenaran yang dijanjikan bila makin lama keterangan sudah makin kian pudar? Bukankah Tuhan itu Maha kuasa? Adakah kekuasaan Tuhan itu?


Mungkin hamba ini tidak bersyukur atau mungkin juga hamba ini mudah mengalah. Tidak percaya pada apa yang dijanji. Tidak sabar menunggu sesuatu kebaikan. Mungkin ini bukan perkara normal. Juga mungkin hamba ini cuba untuk melawan dan terus melawan.

Sebab, tiada tahu apa yang dirancang. Juga tidak mengerti apa yang diatur. Ia juga tidak tahu rahsia yang masih kabur.

Apa pun yang berlaku. Sesuatu yang rahsia perlu ditunggu dengan hati yang tidak terburu-buru.

Suatu masa.
Insan kaya lemas dalam hiburan, insan miskin meronta dalam kedaifan.

" Seorang anak kecil miskin. Tapi, bila ia mengerti. Ia tidak pernah malu untuk mengaku bahawa ini lah hakikat yang perlu dilalui. Kerna dia tahu miskin di dunia bukanlah karam selamanya."

" Seorang remaja yang kaya. Namun, berbangga dengan apa yang ia miliki. Ia tidak pernah peduli bagaimana payahnya untuk mendapatkan apa yang dia kecapi. Kerna dia tahu berseronok di dunia beramal kemudian."

Apa saja pilihan. Apa saja perubahan. Bukan Tuhan yang tentukan. 

Cuma dia mengaturkan apa yang terbaik dan terserah pada kita untuk meneruskannya dengan kebaikan atau sebaliknya.

cococoda:

True.

I woke up one day to find that things made sense; that He was where goodness began and ended that,
 I was not alone.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved