>

Friday, August 3

Norma hidup.


Satu hari.
Kalau saya pergi tak kembali. Jangan sedih dan terus menanti.
Sebab, setiap orang datang dan pergi. Sedih itu permainan hati. Minta diri dipujuk kembali.

Bukan tidak mahu bertegur sapa.
Cuma kadang-kadang mengelak daripada terus terluka. Hasrat di hati tiada siapa yang tahu melainkan yang Kuasa. Sesuatu perkara lebih senang untuk tidak dicerita dan lebih baik terbeban dengan sebuah rahsia.

Kita tidak dapat memutar apa yang telah berlaku. Kita kena biar ianya berlalu.
Bukan bermakna diri kita tidak laku. Cuma mungkin dia tidak dikirimkan untuk dirimu.
Siapa yang mahu telan batu bila ada benda lain digelar ais batu?

Kalau kita hanya menerima tapi dia tidak pernah memberi. Ianya tak akan pernah selari.
Sebab kita akan letih dengan berlari. Tapi dia pergi darimu dengan sesenang hati.

Siapa kata kita akan bahagia hanya dengan orang yang menghargai diri kita?
Siapa kata kita akan gembira bila seseorang menerima kita seadanya?
Siapa kata kita akan tersenyum bila seseorang sanggup berkorban segala apa yang ada?
Itu hanya permainan ciptaan kata sahaja.
Kalau sememangnya bukan dia untuk dirimu maka kenangan tetap akan tercipta.

Cukup hanya sampai di situ. Ada sesuatu yang lebih tersirat yang kita tidak tahu.
Yang kita cuba melawan tapi akhirnya tersujud dan terkaku. Kerna akhirnya sesuatu lain yang berlaku.
Dan adakah saat itu kita akan berpaling kembali ke masa lalu?

Gembira mendengar khabar insan lain bersatu. Lalu kita harapkan kisah kita juga begitu.
Berlalu atau berlaku, itu hanya Dia yang tahu. Apa yang penting kita tidak terus hanya menunggu. Tunjukkanlah rasa itu. Supaya ada insan yang lain akan nampak sesuatu dalam dirimu.

Pergi membawa diri. Mendekati sesuatu yang telah lama kita jauhi
Yang tidak pernah tinggalkan dirimu walau seinci. 
Yang sentiasa merindukan tangisanmu ketikamu bersedih hati. 
Yang inginkan dirimu memohon doa kerna tidak ingin terluka lagi. 
Rajuk hatimu kerna yang lain Dia tidak peduli tapi dia tetap setia menanti. 
Agar dirimu tahu bahawa kepadaNya juga dirimu kembali.

Wahai hati,
sila jatuh cinta pada Ilahi,
kerna itu cinta hakiki,
sayang yang tidak akan berganti,
rindu yang tidak akan ditangisi,
setianya untuk sentiasa di sisi,
dan daripadanya juga diriku datang dan pergi.

p/s:

Jangan putus putus untuk berdoa, bersyukurlah sentiasa.
Bukan apa, kasihan tengok pada yang bukan Islam, yang baik,
menderma tapi tidak dipandang pun suatu masa.
Kita yang penuh dengan dosa,
buat jahat macam mana pun selagi masih kekal menyanjungNya,
 masih berpeluang ke tempat yang bahagia di sana.

Selamat meneruskan ibadah puasa.


Yes,

I am a Muslim

4 comments:

Syazwani Zamri said...

Is everything okay lately? :)

syakir salman abdul latif said...

yes.okay too much.

Syazwani Zamri said...

Okay. Good :)
Wahai hati.. Sila jatuh cinta pada illahi ye? ^_^

syakir salman abdul latif said...

haha. thanks again. ha'ah, lama dah menjauh. hihi :)

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved