A few years ago, he was single. He knew that something was missing from his life but others didn't know what it was. He texts you all the time, but he never though it meant anything more than friendly chat; he didn't think you were totally interested. Today he's the happiest person ever been. Now when he has you, his life feels complete. He called you even though sometimes it annoys you, and he's sorry for that.
But, today his life was completely changed.
He would always love you unconditionally. He doesn't mind if you gain a little weight, how you dress, how you look. To him, you're still the same you on the inside. He knows that you would always love him for who he was and never judge him if he eats too much food.
He could makes you feel happy, make your wishes come true, nothing that others wouldn't do and all the things that he had ever done just to make you appreciate his love.
Falling in love with you was the best choice he had ever made.
..........................................................................................................................................................
Suatu masa dahulu. Dia bukanlah seorang putera. Hanya seorang jejaka. Mungkin tidak tampan. Juga tidak punyai susuk tubah yang mampu membuat ramai wanita untuk tertawan. Tapi dia tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mencintai ramai wanita itu lumrah biasa. Namun, untuk bersatu di hari bahagia bersama satu satunya insan yang dicinta itu perkara yang luar biasa.
Ada sesuatu yang tidak boleh dijangka. Tidak mampu diduga. Tapi tidak bermakna kita tidak harus menerima. Kita mungkin bukan pengatur yang terbaik tapi kita mampu untuk merancang ke arah sesuatu yang baik.
Satu aturan yang baik telah direncanakan.
Dua jiwa telah disatukan. Dua insan selamat diijabkabulkan. Daripada bersendirian kini telah berteman. Dengan sebuah perkenalan kini ke alam perkahwinan.
Semoga kebahagiaan akan terus berkekalan. Biar hubungan yang terjalin kekal bertahan.
Selamat Pengantin Baru. Kalau insan lain sibuk bergembira dengan perabot baru. Mereka pasti ceria dengan satu langkah yang baru. Bila kita suka hati dengan pakaian baru. Mereka pasti seronok dengan fasa alam yang baru. Kita sukacita dengan segala yang baru mereka melonjak kesyukuran dengan panggilan pengantin baru.
Selamat Pengantin Baru.
Moga berkekalan hingga ke anak cucu.
Aiman Haiqal & Nur Raihana.
20 tahun dan mereka telah pun berkahwin.
( p/s: Jangan jadi macam kisah cinta Edward dan Bella ya, tetiba)

* Nota cepu emas: Bila orang lain dah mula mengorak langkah. Mulalah yang lain sibuk tanya bila pula giliran kita. Jangan tanya bila tiba giliran tapi kalau anda merasa suka dan keluarga awak menerima saya serta mampu bahagia dengan saya sila melamar saya sekarang. Hahaha. Kalau tak tunggu sajalah untuk masanya tiba.
No comments:
Post a Comment