>

Sunday, June 10

Suratan atau kebetulan.




There's that one moment, 
the moment when you've figured out how much you've really let go,
 and how much you've grown.
 It's that moment when you can't look back, 
yet you can't seem to look too far into the future.

It's that moment when you realize that 
you're living for yourself and no one else.
-Anonymous-


 Lama menunggu. Akhirnya sesuatu bisa diduga. Bila kita suka, kita mampu buat perkara gila. Hingga kadang-kala diri sendiri menjadi separa gila. Oh, mungkin sepenuhnya! Eh, separa kot. Ah, sepenuhnyalah!

* Dia keluar. Konon-konon tiru iklan dalam tv buat-buat tak nampak langgar. Lalu, mulalah buku-buku pun jatuh. Konon-konon gaya pelajar rajin baca buku banyak padahal nak buat source references sahaja. Mulalah buat-buat baik, cuba untuk berkenalan.
 Itu suratan yang kamu cari! Tersirat belum diketahui!

* Namun, dalam hidupmu, ada insan lain. Insan yang segala cerita dikongsi bersama. 
Gelak tawa yang menghuni di jiwa, usik mengusik permainan biasa dan mungkin hati si dia mampu terusik. Terpesona dengan layanan dirimu, gembira di sampingmu, cuma satu perkara yang sukar diluah. Bila hati si dia mula mahukan dirimu. 
Itu kebetulan! Kebetulan yang tidak disengaja. Kerna soal hati sukar untuk diduga.

Kadang-kala, diri kita mengharapkan sesuatu selain daripada sahabat. Hingga kita lupa sesuatu mampu bermula dari ikatan sebuah persahabatan. Sebab kita terus cari dan mencari sesuatu yang tersurat buat diri kita. Lalu, diri kita mula tersasar jauh. 

Kita mula hilang arah dan waktu itu kebetulan mungkin datang membantu tanpa kita sedari.
 Cuma keyakinan itu tiada untuk cuba mempercayai.


Sesuatu aturan yang disusun adalah terbaik buat diri kita. Bukan bermaksud kita tidak perlu membuat keputusan. Cuma percayalah kepada Dia yang Maha Mengetahui. 

Dirimu berlari dalam pentas yang kecil. 
Dirimu bermula dengan langkahan yang kecil. Lalu, dirimu nampak pesaing dirimu. Dirimu mara dengan berlari ke depan. Hingga tinggalkan seseorang yang menemani dirimu dalam permulaan langkahmu. Dirimu berlari, dirinya berjalan. Akhirnya, mungkin dirimu letih. Dan dirimu mula untuk berhenti berehat dari berlari. Dirinya yang berjalan seiring denganmu akan mempunyai dua pilihan,


sama ada untuk berlari meninggalkan dirimu,
atau kembali menunggu dirimu gagah untuk kembali berlari dengan dirinya.

Itu hanya suratan dan kebetulan Tuhan yang tahu!

p/s:

Percayalah,
segala aturan adalah yang terbaik.

Cuma, 
kita yang merumitkan keadaan dan mula salahkan aturan Tuhan.

Cuti yang panjang! 
Perlukan rehat yang cukup untuk perjalanan yang masih belum berpenghujung!








No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved