>

Monday, May 28

Berlari

tumblr_lzd03wITqv1qdtf82o1_500_large

Saya sudah penat berlari. 
Tanpa saya tahu apa sebab saya berlari.

Balik-balik pasang lagu Hindustan.
Kuch kuch hota hai. Lepas tu koi mil gaya. Kepala mulalah nak geleng-geleng kononnya dah habis satu abad ilmu dalam kepala. Padahal baru jawab ujian untuk dua jam sahaja.

Dalam kepala mulalah nak salah kawan ajak pergi pasar malam.
Terus kutuk lecturer sebab main lompat tajuk dia suka saja. Diri sendiri saja yang nampak betul.

Mulalah nak tanya soalan yang tak masuk akal.

Kenapa bumi berputar tapi diri kita tiada rasa bergetar?
Kenapa hati terluka mata pula mengalirkan air mata?

Soalan nak kena penampar! 
Mulalah kata malu bertanya sesat jalan dah bertanya tak jumpa jalan.

Tak bertanya kan terkinja-kinja.
Dah bertanya kawan buat lagak ninja.

Tak bertanya kan diri terkeliru.
Dah bertanya mak ayah buat tak tahu.

Mulalah jaja persoalan sana sini. Dengan harapan adalah cendekiawan cerdik pandai.
Tapi, 
hampa soalan tinggal tanda tanya
 jawapan entah ke mana.

Mulalah rasa nak tinggal dunia realiti masuk alam mimpi.
Konon-konon dilamar si puteri bunian memikat di hati.

Hati mula merajuk diri minta dipujuk.

tumblr_lzm1kyWnNE1qf1gz5o1_500_large


Nota antara dua sujud: 
Kematangan datang melalui pertanyaan.
Mungkin tidak ramai yang perasan.









No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved