>

Tuesday, May 22

Penat Lelah

* Balik bilik. Buang semua barang atas meja. Buang bantal jauh-jauh. Termenung atas katil sendirian. Lalu, air mata mula mengalir. Stress. 
Otak mula penuh dengan tekanan. Diri mula kian tertekan. Bibir penuh dengan luahan tapi ditahan.

Kadang kala kita tidak mahu nampak lemah di depan orang. 
Walaupun dengan teman-teman yang senantiasa sepanjang zaman.

Mungkin kita gemar bersendiri. Tapi ada insan cuba memahami.
Mungkin kita ingin berdikari. Tapi ada yang cuba memperbaiki.

Kecewa itu lumrah. Bukan bermakna lemah.
Gagal itu tidak salah. Ia pasti ada hikmah.
Tak perlu malu untuk dihebah. Kerna pasti akan ada yang ingin lihat kita tabah.

Kadang kala kita lihat sesuatu ujian kecil dengan dugaan yang besar.
Dan kita lupa ada kuasa yang lagi besar. Dia.

Ya, Dia.

Dia tidak pernah lupa. Dia tidak lupa. 

Cuma, mungkin kita lupa. 
Bukan, kita lalai lalu terlupa.

Tapi, Dia. 
Tidak! Takkan sekali! 

Tidak bermakna seseorang itu ceria. Masalah itu tiada.
Cuma mungkin dia cuba sembunyikan apa yang ada. Agar insan sekeliling rasa bahagia.

Dugaan itu lahir bukan kerana kebencian. Tapi penuh dengan kasih sayang.
Kerna itu akar di hujung. Sebab sayang itu senantiasa berpenghujung.

p/s:

Andai perasaan itu tiada terhenti,
cubalah bisikkan di dalam hati,
akan ada sesuatu yang terbukti,
pasti itu tanda dari Ilahi.


Life always gives us exactly the teacher we need at every moment.

This includes every mosquito, every misfortune, every red light, every traffic jam, every obnoxious supervisor (or employee), every illness, every loss, every moment of joy or depression, every addiction, every piece of garbage, every breath.
Charlotte Joko Beck

Sebolehnya lakukan segala yang termampu,
agar yang lain ada yang membantu takdir Dia akan menentu.





4 comments:

Eyna said...

sabar.ujian tu kan penyeri hidup..take it positively k..hihihi

Wook said...

haha.tu dia,pnyeri lah sgt kn?btw thanks

Eyna said...

hihihi...saje la nk pujuk hati yg lara:p

Wook said...

hahhaa..
x ad lara mana pun.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved