>

Tuesday, April 3

Odd 2 (Akhir)

If an April night could talk, 
it would probably boast it invented romance.

Semalam ditanya apa perancangan masa depan untuk usia yang kian dewasa.
Lalu, diri ini menjawab.

 Kadang kala perancangan itu tidak perlu kerna aturan Tuhan itu pasti terbaik buat diriku.

Mungkin ada yang mampu kata. Eh, mana mungkin begitu. Memang rancangan Tuhan itu benar. Tapi, kita juga harus merancang kerna ini hidup kita. Lalu diri ini mampu tersenyum lalu mula bermadah.

" Seorang wanita merancang kehidupannya bersama dengan seorang lelaki yang lama perhubungan cintanya. Namun perhubungannya tidak lama.Mereka putus di ambang kebahagiaan. Maka dirinya ditinggalkan. Cintanya dipermainkan. Harapannya dimusnahkan. Rancangannya musnah dengan penuh kesedihan"

Maka, adakah ini suatu perancangan yang berbaloi?

Bukan kita tidak perlu merancang. Cuma ada sesuatu yang perlu dirancang. Ada jua perlu mengikut aturan Tuhan. Kita tidak mampu untuk tunaikan segala apa yang kita rancangkan. Ada kala kita mampu mengalah dan mengikut aturan Tuhan.

Usia bukanlah penentu sesuatu kematangan. Tapi pengalaman hidup itu yang mematangkan. Dan insan sekeliling pula hanyalah pelakon pembantu. Situasi sekeliling pula hanyalah sebagai pelengkap.

p/s:

Kadang kala insan itu nampak kuat di luaran namun lemah di dalaman.
Terima kasih kepada insan sekeliling yang sentiasa menerima baik buruk ini.

Buat seorang ayah yang sentiasa memberi. Buat seorang ibu yang sentiasa menyayang.
Juga buat dua kakak yang senantiasa mengalah buat adikmu ini. Melayan telatah manja. Kerenah yang mengada ngada. Merajuk yang tidak henti henti minta dipujuk. Dan buat teman yang senantiasa ada di sisi.

Akan ada suatu masa kita memikirkan masa depan tetapi kita memandang kembali masa lampau.
Lalu, mungkin waktu itu kita merasa menyesal atas salah silap kita di masa lampau kerna tidak memikirkan masa hadapan.

Sekian.
Mula belajar untuk menjadi lebih dewasa.

Hye Izara Aishah.
(Ini mimpi gedik yang tidak henti henti)

Pasti dia bangga sekali lagi ada peminat sebegini.
Muahaha.

4 comments:

SHASCHA said...

ok dah nampak kematangan disebalik wajah kalah kanak2 tuh kan..:))

syakir salman abdul latif said...

haha.
ni perli ke memuji ni?

SHASCHA said...

memuji la...pemikiran matang xpa..

syakir salman abdul latif said...

hahaha.
ni rasa malu yg teramat sgt ni

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved