>

Wednesday, April 18

Mom, my English...suck!


Balik saja kelas.Pang, tutup pintu bilik sekuat mungkin. Pukul meja dengan tangan sekasar yang mampu.Tendang-tendang katil. Last-last terus tutup muka guna bantal. Konon-konon gaya mahu tidur. Tapi tak dapat. Tak puas menjerit dalam hati, jerit sekuat habis. Bising satu mahalah, konon-konon gaya Dicaprio dalam Titanic. 

Arghhh, marah diri sangat-sangat.

Yalah, sapa suruh dulu cikgu mengajar depan kau berleter belakang. Sekarang lecturer cakap depan kau buka cerita belakang pula. Sekarang diri dah tension mulalah nak salahkan mama papa pula. Mulalah menyesal, nak menangis takut orang perli pula. So, ambil jalan mudah jalan perlahan-perlahan. Panjat kerusi.  Shreekk, terus buka tingkap. Tengok kiri kanan, line clear mula ambil jalan mudah. Nak gantung diri. Save bajet nak beli tali. Sebab takut-takut boleh rasuah Ilahi. Bila syaitan dah merasuk diri mulalah jadi berani. Diri jadi nekad hati mula terkunci lalu diri terjun dari tingkat yang tinggi. Nafas tercungap-cungap dah terhenti. Roh mula keluar dari jasad sendiri.

Hanya kerana kita tidak pandai sesuatu bahasa. Maka kita mula musnahkan harapan sesuatu bangsa. Kalau tidak pandai bertanya. Jangan buat perkara sia-sia. Itu gila namanya. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri kita. Sebab tidak pernah bersyukur akan nikmat yang ada. Tidak pernah cuba perbaiki yang lama. Hanya pandai untuk mencari salah orang saja.

Lalu, bila kita pandai sesuatu bahasa yang lebih maju daripada kita. Mulalah lupa asal usul diri sendiri. Jumpa sahabat semesta dah mula berlagak konon-konon kau lah Greyson padahal makan hari-hari perlu sambal belacan.

Taki kisah kalau susah. Kalau kita mahu benda payah boleh jadi mudah. Asalkan kalau kita mahu. Cuma semuanya terletak atas diri kita. Jangan malu untuk bercakap. Jangan takut untuk buat silap. Dan jangan ulangi kesilapan yang dibuat. Paling penting jangan takut untuk ditegur dan jangan berlebihan pula apabila menegur.

Cuba dan terus cuba. Jangan pernah putus asa.
Tapi janganlah mengada-ngada mengulangi benda yang sudah sebati dengan diri kita.
" If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his language, that goes to his heart. "
-Nelson Mandela.


He is.
We are.
Ini perkara asas. 
Jangan sampai tersilap pula.


Dan tidak semestinya apabila kita tidak pandai sesuatu bahasa itu maka kita boleh merosakkan bahasa. Kurang ajar namanya.

Your purpose is to make your audience see what you saw, hear what you heard, feel what you felt. Relevant detail, couched in concrete, colorful language, is the best way to recreate the incident as it happened and to picture it for the audience.
- Dale Carnegie.  
p/s:

Bila anak tidak pandai bahasa Asing kita mula menjerit gila bagai nak mati,
tapi bila anak merangkak macam nak mati belajar untuk mengaji tidak pula ibu bapa peduli.

Mungkin itu tandanya dunia ini mula dah nak mati.
Sebab tiada lagi rasa kasihkan Ilahi.



Sometimes,
the craziest thing that you can do is
to act silly.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved