>

Sunday, April 22

Kaki Letus.

Anonymous: Dan kenapa kaktus menjadi kegilaan hati?

Dia tersenyum memandang ke langit.

Kaktus itu penuh misteri. Ia hidup dengan cara tersendiri. 

Tegak berdiri ditemani mentari. Ianya teguh hidup berdikari.
Tiada bimbang dirinya didekati. Tajam durinya itu perlindungan tersendiri. 

Sukar dipegang payah disentuh.

Andai dirimu setia menanti. Pasti ia tiadalah pergi.
Terus menghijau segar di hati. Bahagia dipuja sampai ke mati. 



image

Dia tidak takut untuk hidup sendiri.
Tidak bimbang dirinya tidak digilai.
Dia tahu kasihnya belum muncul lagi.
Tidak di sini di sana pasti menanti.

Tak payah bermimpi untuk dipuji,
kalau diri sendiri tidak bersyukur akan apa yang diberi.

2 comments:

SHASCHA said...

ada kawan aku nih..bg kaktus kat aku..
tp dsebbkan ak terlalu sbuk tramat....ok mcm over..kaktus yg senang jga tuh pun boleh mati kering..hahah..truk kan aku jga..letak dlm bilik ja..hahahah

syakir salman abdul latif said...

hahaha..
mmg truk sangat kot,nmpak sgt x hargai tu..rugi rugi.thanks respon!

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved