>

Saturday, April 14

Coretan Diri.


Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of other's opinions drown out your own inner voice.
 And most important, have the courage to follow your heart and intuition. 
They somehow already know what you truly want to become. 
Everything else is secondary
 - Steve Jobs

Ramai yang bertanya.
"Awak ni tak study ke?" " Pemalas eh?"

Hahaha.Malu juga saya nak menjawab. Awak oh awak, sebenarnya saya bukan malas nak study atau apa. Tapi, mungkin saya tak dapat study kot. Bukan tak cuba okay. Dah, tapi tak mampu. Sebab, memang rasa macam tak logik di akal saja kan? Sebenarnya, makin saya study makin saya "blurr". Yes, seriously tak tipu. Tipu itu dosa. Nanti tak cium bau syurga plak. Tak nak lah saya kawan dengan Abu Jahal.

Frankly, mungkin sebab waktu kecil mama saya banyak berleter saja kot. Sebab mama saya cakap saya paling suka nangis waktu kecil. Bukan waktu kecil saja kot. Tapi sampai sekarang kot. Tak kisahlah nak kata manja ke, mengada ke. Gedik teramat ke? Tak kisah, yang penting mama saya tahu ambil hati saya.
Sayang lebih lah mama saya.Muah muah muah!

Dan berbalik kepada kisah tadi. Sebab banyak sangat mama saya berleter. Mungkin kerana itu maka saya menjadi seorang manusia "audio". Means konon-konon macam lebih menggunakan telinga daripada mata. Bukan buta okay? Tapi, macam lebih kepada pendengaran. Ada lah advantage or disadvantage-nya.

Advantage-nya mungkin sebab saya tak perlulah membebankan diri untuk buka buku godek-godek atau golek-golek pecah kepala untuk baca kan? Lebih baik saya buka :mukabuku" mencarut status yang entah apa-apa kan kan? Dan apa yang seronoknya bila time study week yang mungkin agak lama untuk seseorang yang tak perlu membaca so dengan sesenang hatinya kacau orang study. Best kan? Orang lain buka nota-nota nervous bagai nak exam esok saya boleh lagi baca buku cerita ke, kacau orang ke. Gila heaven!

Tapi, biasalah. Manusia Tuhan cipta tidak sempurna. Bukanlah maksudnya ada cacat cela tapi adalah kekurangannya kan? Bila anda makin keliru bila membaca semestinya lebih bergantung pada kata-kata pensyarah kan? So, kalau lecturer tu hentam "keromo" saja jawabnya esok lusa atas kertas jawapan pun semua fail saja lah. Then, kalau silibus pembelajaran tu tak habis jawabnya terpaksalah tanya kawan-kawan. Letih taw!


Tak lupa juga, walaupun saya bukanlah boleh dikategorikan dalam golongan yang mampu membaca untuk mengambil peperiksaan. Tapi, malam-malam exam, saya juga tidak digalakkan untuk mendengar lagu atau menonton cerita kerana bimbang akan pengaruh lirik atau skrip cerita itu pula yang tertulis atas kertas jawapan. Jawabnya pada malam-malam demikian saya lebihkan pada bahan-bahan yang tidak berilmiah. Macam kuno saja bunyinya. Tapi,kesyukuran pada yang Esa itu masih perlu ada.

So, adalah jua cara-cara yang telah dibuat atau dirangka. Iaitu kerana saya tidak mampu membaca bukan kerana tidak mahir mengeja tetapi atas alasan yang sudah dinyatakan di atas maka saya akan meminta teman-teman untuk menceritakannya. Alhamdulillah, saya pandai mencari kawan yang baik kerana mereka banyak membantu. Thanks kawan. Atau kadang-kala apabila saya membaca saya perlulah menjerit dengan kuat untuk sampai ke telinga. Konon-konon macam ada orang berbisiklah dekat awak. Macam bagi lecturer dekat diri sendiri lah. Nampak macam sengal and kalau orang tengok pun boleh notify yang sah-sah budak ni mental sebab cakap sorang-sorang. Anyway i am glad to be who i am.

Maka, kesimpulannya. Cheh, konon-konon macam nak buat karangan pulak kan? Kadang-kala bukan kita tahu segalanya pasal diri kita. Namun tak semestinya kita tidak perlu ambil tahu. Apa yang kita tahu kita perbaiki kelemahan itu, apa kelebihan kita kuatkannya lagi. Paling penting jangan mudah mengalah atau malu untuk tunjukkan diri kita yang sebenar. Walaupun kadang kala kita perlu juga sembunyikan apa yang tidak perlu kita tonjolkan. Yes, kadang-kala saya menyembunyikan kelemahan saya ini. Siapa akan percaya kan kalau awak beritahu bahawa awak tidak membaca. Lalu, inisiatif yang saya ambil sebelum ambil exam adalah dengan memegang nota. Konon-konon nak beritahu,
 "hei, kawan-kawan saya pun study gila macam koranglah walaupun hakikatnya, tak sama sekali".

Apa yang penting bukan kerjasama okay? Tapi, usaha dan tawakal yang kita lakukan. Tidak kisahlah sama ada kita ini jenis manusia yang membaca atau mendengar atau kedua-duanya sekali. Namun, kalau Dia nampak usaha kita, pasti Dia akan membantu kita. Janji kita ada usaha kita sendiri.
Dan kita tidak pernah lupa pada Dia.

Any intelligent fool can make things bigger and more complex... 
It takes a touch of genius - and a lot of courage to move in the opposite direction.

Albert Einstein



p/s:



Kalau kita sendiri malu dengan diri kita,insan lain pasti berprasangka begitu,

namun andai kita tahu membawa diri kita,insan lain pasti sedar akan kehadiran kita di situ.



Semu orang kata hendak berjaya itu susah,tapi susah tidak semestinya tidak mampu,

maka lebih baik kita lupakan erti susah payah,agar kita cuba untuk melakukan apa yang termampu.

Bila kita dilahirkan sebegitu. Kita harus terimanya sebegitu.
Jangan lupa syukur itu suatu yang jitu. Kelak dia pasti sentiasa membantu.

Akhir kalam,

Jangan pernah memikirkan bilakah kegemilangan dirimu bakal dikenang,
tapi perbaikilah kelemahan dalam umurmu yang panjang.


Maaf atas post yang panjang
 dan mengambil masa awak yang lama untuk membaca.

Till here, bye.




4 comments:

NurShahirah said...

sekarang ambik kos ap erk??..:))

Wook said...

hurm now amix political science bt minor IRK

cimöt said...

org mcm kamu ni selalunya fokus dlm kelas dh cukup..

Wook said...

insyaallah,thanks a lot.tp nk fokus tu yg susah.haha

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved