>

Tuesday, December 27

Kita Biasa



Dan sememangnya manusia itu akan berubah.

Perubahan itu akan dilihat melalui satu jangka masa,
manusia berubah kerana dua perkara.

Manusia berubah kerana manusia
atau berubah kerana persekitaran.

Tiada manusia berubah kerana dia mahu berubah,
kerna pasti akan ada perkara yang mampu membuat dia berubah
dan perubahan itu bukan hanya suatu pernyataan,
namun ianya berdasarkan satu kenyataan.

Manusia berubah kerana rakan, cinta dan sebagainya,
kadang-kala manusia berubah kerana keizinan Tuhan
ada manusia berubah kerana prinsip Tuhan.

dan tidak semestinya berubah kerana anjakan Tuhan itu satu perubahan yang baik.
pasti ada yang negatif.
pasti ada manusia yang salahkan Tuhan,
lalu dia berubah.

namun manusia yang berubah dengan izin Tuhan,
pasti akan berubah ke arah kebaikan,

kerana kadang kala kita tidak nampak aturan Tuhan ke atas diri kita
tapi kita mudah salahkan takdir tuhan ke atas kejadian yang menimpa kita.


p/s:

Belajarlah menerima kesalahan diri sendiri 

daripada mencari kesilapan orang lain.





No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved