>

Tuesday, December 27

Roman

bila terasa deras jantungku
terisi dgn nada-nada yg resah
meyakinkanku adanya cinta
tapi tak pernah terang

sedangkan diriku semakin menjauh
dan mula melupakanmu

Mulanya sebuah perkenalan terjalinlah satu perhubungan.

Kerana kadang kala. Hati ini tidak mengerti.
Namun perasaan itu wujud. Cuma kita yang sukar untuk memahami.
Kadang kala kita sukakan seseorang namun kita takut untuk luahkan.
Lalu bila ianya sudah dimiliki kita mula untuk kecewa.
Atau suatu masa kita bersama dengan mereka yang kita sayang,
Tapi bila mahligai itu musnah maka kita mula untuk patah seribu.

Oh.. patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Dan untuk melepaskan seseorang bukanlah suatu perkara yang senang,
Kerana kita tahu untuk memiliki seseorang itu,
Ianya perlukan usaha, tekad dan semangat yang membara,
Namun apa kan daya kerna kadang kala kita harus melepaskan seseorang itu 
meskipun insan itu sudah lama berada di carta hati.

Jangan engkau jangan pergi

Jangan tinggalku sendiri

Jangan tinggalkan carta hati


Kerana kita tahu,
Setelah berdekad masa berlalu, si dia pastinya di hatimu,
Kerna semua tingkah laku mu, gerak gaya mu, dan di benak fikiran mu,
Yang diriku lakukan semuanya hanyalah untukmu.

Setiap apa yang ku buat

Setiap apa yang ku lakukan

Tidak risau pasal mereka

Walau apa yang terjadi padaku

Kerna ini semua untukmu

Dan saat ini baru dirimu akan belajar mengenai suatu erti,
Bahawa  di dalam sebuah kehidupan,
Bukanlah senang untuk memisahkan rasa cinta dan benci.

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa

membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu

sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa

memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa


p/s:
Kadang kala,
meluahkan itu lagi senang daripada bertindak.
kita mudah untuk berbicara namun ianya pasti sukar untuk merealisasikannya.

kerna kita tiada kuasa,
namun tidak bermakna kita tiada masa untuk percaya pada 
yang Maha Esa.






No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved