>

Wednesday, November 9

Biarkan dunia ini bebas 2

Dan bukankan sebuah perubahan itu pasti ada baik buruknya?

Perihal semalam.
Angin mendayu dayu menusuk kalbu. Dalam hati diri ini teringatkan dirimu.
Hari ini.
Matahari mulai bersinar menerangi kehidupan. Dalam fikiran mula terfikirkan dirimu.
Cerita esok.
Hujan membasahi bumi ciptaan Ilahi. Dalam jiwa hadirnya namamu.

Semalam.
Kehidupan ku seorang. Diriku tenang. Namun aku sedar hidupku masih perlukan peneman.
Hari ini.
Hadirnya dirimu. Diriku ceria. Namun aku sedar dirimu pasti jua tinggalkan diriku.
Esok hari.
Dirimu pergi tinggalkan diriku. Diriku keseorangan. Namun aku sedar kasih Tuhan agung terhadap dirimu.

Kita kecewa. Kita bersedih. Dan kita berduka.
Itu perkara biasa.
Kerana kita punyai rasa. Hati dan juga jiwa.
Apa salahnya andai hati ini terguris buat seketika.
Kita lemah. Kita mula kaku untuk berbicara.
Dan waktu ini kita perlukan peneman yang baru.

Lalu, kita harus sedar.
Satu hakikat yang hakiki.
Datangnya yang baru mungkin mampu membuatkan kita kembali ceria.
Namun usah lupa.
Bila dirimu mulai kehilangan dirinya.
Maka, kembali pula seperti sedia kala.
Kerana itu adat bicara dunia.

Yang hidup pasti akan mati.
Yang bernyawa pasti akan terhenti.
Yang berlalu pasti akan kembali.

Apa yang pasti yang kekal selamanya itu hanya Ilahi.

Dia kekal selamanya.
Dia cinta hambanya.
Dan Dia pasti selalu ada untuk kita.

Mengapa mahu dipersoalkan lagi?
Lalu ayuh kembali.
Kepada Dia yang Maha Mengetahui lagi Mengasihani.

p/s:

Mengapa diluahkan kepada yang tidak sudi,
sedangkan ada Ilahi yang sentiasa di sisi?

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved