>

Tuesday, November 8

Biarkan dunia ini bebas 1

 

Dan sememangnya hidup ini adalah untuk orang yang bermatlamat.


Dalam sebuah kehidupan.
Yang berjalan pasti dikejar.
Yang berlari pasti diminta teruskan berlari.
Kerana ini kehidupan.

Andai hanya berjalan.Anda jauh ke belakang.
Andai berlari dan anda lemah.
Jatuh tersungkur.
Maka, anda dipijak.
Nama anda tiada termasuk dalam senarai.

Kalau bercinta, tiada rasa sayang.
Anda ditinggalkan.
Kalau belajar, tiada keputusan cemerlang.
Anda dipinggirkan.
Kalau bertanding, tiada kemenangan dicapai.
Anda dicampak ke tepi.

Yang menang, dikenang.
Yang berjaya, dicinta.
Yang cantik, dipuji.
Itu sebuah kehidupan.

Bukan. Ini bukan kehidupan.
Tapi, 
itu sifat manusia.
 
Manusia yang mengubah kehidupan ini.

Manusia, anda pandai.
Tapi sayang ego mu meluas.
Kepuasan susah untuk dicapai.
Memiliki sesuatu adalah suatu kepuasan.
Meskipun kadang kala untuk memiliki perlu malampaui batasan.

Tolong berhenti,
jangan seksa kehidupan ini lagi.

Biarkan ia bebas.
Bebas untuk hidup dengan gayanya sendiri.

Anda pasti tahu apa yang terbaik untuk satu kehidupan.

Kita mengejar hari ini.
Siapa tahu esok kita dikejar pula.
Kita dipijak hari ini.
Siapa tahu esok kita dipijak pula.
Kita dihina hari ini.
Siapa tahu esok kita dihina pula.
 
Dan.
Siapa tahu kita bekasih sayang hari ini.
Siapa tahu esok kita dilimpahkan dengan rasa cinta pula.

Kehidupan dunia hanya sekali.
Namun usah risau kerana ianya sementara.
Kehidupan di sana itu kekal.
Kerana kita hidup selamanya.

Maka,
kehidupan sementara penting untuk kekal di sana.

bercintailah dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya dia tahu.
Kerana dia mencipta.

Lalu, hargailah Tuhan untuk sebuah kehidupan.

p/s:

Kalau dah rasa diri ini mahir sangat dengan sebuah kehidupan.
Maka binalah kehidupan sendiri.

Itu pun andai dirimu ada sebuah kemampuan.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved