>

Sunday, September 18

Lumrah Manusia Bertopeng 1

  
"And a real man is the one that really cares on whatever he did to others"


Dan kerana dia cantik, kamu mula cuba untuk mengejarnya.
Bukan untuk membuatkan dia tertawan dengan sikap kamu,
tetapi hanya cuba untuk menjadi sebahagian darinya.
Kerana kelak kamu tahu bahawa anda insan lain
yang akan mula menyenangi akan dirimu.

Dan kerana dia kaya, kamu mula cuba untuk merapatinya.
Bukan untuk membuatkan dia tergoda dengan kepetahan kamu,
tetapi hanya untuk hidup dengan sebahagian dirinya.
Kerana kelak kamu tahu bahawa diri kamu pasti
akan menumpang dengan kekayaannya.

Dan kerana dia bijak, kamu mula cuba mencemburuinya.
Bukan untuk membuatkan dia senang dengan kehadiran kamu,
tetapi hanya cuba untuk menjatuhkan reputasi dirinya.
Kerana kelak kamu tahu bahawa dirinya
pasti akan lebih disanjung daripada dirimu.

Dan bukankah sudah fitrah manusia yang hakiki dalam mempunyai sifat hasad dengki terhadap sesama sendiri?
Dan bukankah suatu prejudis manusia yang hakikat dalam mempunyai ketidaksenangan terhadap kejayaan yang dimiliki oleh orang lain?
Dan bukankah sudah sifat manusia lahir sebegitu dengan perasaan tidak puas hati akan apa yang dimiliki oleh insan-insan tertentu?

Serta tiadalah sebarang kesalahan memliki sifat sebegini seandainya ianya akan menjadikan kamu terus kekal terpacak di landasan yang betul.

Tiadalah salah andai kamu dengki mendengki kerana dia sentiasa menjadi pelajar terbaik
Dan kamu berusaha untuk menjadi seperti dirinya.
Tiadalah salah andai kamu dengki mendengki kerana hartanya berjuta-juta banyaknya
Dan kamu belajar untuk menjadi seperti dirinya.
Tiadalah salah andai kamu dengki mendengki kerana namanya disanjung tinngi
Dan kamu menjadikan dia idola dalam penggerak hidup kamu.

Maka,
cubalah untuk perbaiki diri kamu hari ini.
Hilangkanlah sekelumit perasaan itu adainya ianya hanya akan melahirkan nota-nota hitam di sudut hati kamu.

Bukankah kehidupan ini sesuatu yang indah dengan pembelajaran yang menarik dari hari ke hari.
Oleh itu, janganlah kamu mencemarinya dengan sikap-sikap busuk kamu itu.

Serta mulakanlah langkah hari-hari kamu itu dengan sebuah permulaan yang baik.

p/s:


Dan menjadi seseorang yang berguna itu lebih baik 
daripada menjadi seseorang yang sempurna.
Kerana kelak kita tiada tahu seandainya kesempurnaan kita itu 
adalah sebuah kesempurnaan yang palsu.

Maka pilihlah untuk hidup seperti biasa tapi hati penuh dengan perasaan yang luarbiasa.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved