>

Saturday, September 17

Dan luahkanlah kepada Nya.


Kadang kala ada perkara yang perlu untuk kita simpan.
Dan ada jua perkara yang perlu kita sebutkannya.

Kalau hati dah suka sampai makan minum tidak terurus,
sampai malam-malam sukar untuk tidur macam orang kena insomnia.
Seeloknya luahkanlah.
Mungkin di sudut hati itu pasti ada sedikit rasa malu.
Namun perasaan itu tidak akan terus kekal begitu.
Sudah lumrah manusia untuk mempunyai perasaan malu.
Jadi seeloknya gunakanlah perasaan malu itu dengan sewarasnya.

Dan meluahkan perasaan suka dan sayang kepada seseorang itu kemudian kita terang-terang ditolak semahu mahunya.
Bukanlah sesuatu perkara yang memalukan.
Atau perkara yang menghinakan.Serta bukan jua perkara yang membuat orang rasa meluat luat.
Mungkin si dia bukan jodoh kamu. Mungkin bukan untuk masa ini.
Siapa tahu di masa depan dia diciptakan untuk kamu.
Atau akan ada insan yang lebih baik digantikan untuk mengisi ruang di hati kamu.

Kerana kadang kala mungkin insan itu jua mempunyai perasaan terhadap kamu.
Cuma mungkin kerana faktor semasa atau ketakutan yang kuat melanda diri membuatkan dia memikirkan untuk menangguhkan dahulu sesi luahan perasaan tersebut.
Dan amatlah malang sekali bagi diri kamu apabila kamu berdua memang diciptakan untuk bersama tetapi tiada usaha yang membuatkan diri kamu untuk sentiasa bersama dengan dirinya.

Pernah suatu ketika kita akan rasa ragu-ragu dengan keputusan kita.
Usah khuatir kerana Dia pasti merencanakan yang terbaik untuk kamu.
Pernah suatu detik masa kita tertanya-tanya adakah si dia akan menerikma kita seadanya.
Usah risau kerana Dia pasti tahu rancangan untuk dirimu.
Pernah suatu saat kita cuba untuk mengubah nasib kita.
Usah memeningkan kepala kerana Dia pasti sentiasa ada untuk kamu.

Maka,
ambillah peluang dan ruang ini.
Luahkanlah.Sebutkanlah.Dan ekspresikanlah perasaan dirimu.
Siapa tahu hari ini hidupmu akan berubah
Dan akan ada sinar baru dalam kedukaan kamu yang seterusnya.

p/s:
Dan bukanlah suatu perasaan yang memalukan apabila anda dikecewa
kerana siapa tahu suatu masa dahuluulu ada jiwa yang kecewa kerana diri anda.

Bukankah memliki perasan sayang itu indah bukan? 

 

sick of love!

Love me,
please?

-kayy-

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved