>

Sunday, August 14

Tolonglah, kamu menyedihkan.

 161

*Sila follow. Sila like. Sila ziarah.*
Oh Tolonglah,
jangan dipaksa.

Ada perkara yang sememangnya memerlukan paksaan.
Ada manusia yang tidak gembira dengan paksaan.
Ada masa kita mula tidak senang dengan paksaan.

Awak yang di sana. Awak yang di situ. Dan tak lupa awak yang di sini.

Tolong jangan paksa.
Bukan apa.
Cuma diri ini mulai rasa tidak selesa.

Sedar atau tidak. Sebenarnya manusia tiada suka sekali dengan sebuah paksaan.
Tapi,
masih ada perkara yang memerlukan sebuah paksaan dalam diri.
Anda suruh orang follow sana sini.
Tapi penulisan anda langsung tiada berguna di hati.

Berapa ramai yang follow anda tapi kutuk-kutuk penulisan anda?
Berapa banyak yang follow tapi sekali pun tak pernah ziarah penulisan anda?
Berapa bilangan yang follow tapi hanya sekadar menjadi follower "pak sanggup"?

Cuba jangan memaksa.
Tapi lebihkan berbahasa.
Tolong jangan terlampau meminta.
Tapi lebihkan tarikan minat membaca.
Sila jangan menggedik merenggek sebagainya.
Tapi lebihkan untuk memperkenalkannya.

Jangan terlampau meminta.
Kerana yakinlah pasti ada yang sedar
bahawa ianya satu perkara yang berharga.

p/s:

Follower yang profesional bukanlah hanya terkandung dalam list anda.

Tapi,

follower yang terbaik adalah mereka yang tiada meminta untuk dipaksa,
jatuh cinta dengan penulisan anda,
jiwa merana andai tiada bacaan penulisan anda,
dan yang sentiasa memberikan komen untuk perbaiki kelemahan anda.

Kita terlalu suka untuk memaksa
walaupun kita tahu diri kita sendiri tidak suka dipaksa.

Jangan  terlalu mengejar kesempurnaan kerana takut kita menambahkan lagi kecacatan.
kerana mungkin kecacatan itu akan kekal selamanya.
Tapi perbaikilah kecacatan yang ada meskipun kita tidak sempurna.
Kerana sekurang-kurangnya kiata hidup seperti biasa tanpa nampak kecacatan yang ada.



Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved