>

Monday, August 29

Kisah Malam Raya.


Dan orang kata cinta itu indah.
Cinta itu lagi indah bila kita mampu dekat dengannya. Kemanisan cinta itu pasti terasa.
Tipulah andai tiada rasa bahagia bila jatuh cinta.
Bohonglah kalau dalam hati tidak pernah jatuh cinta.
Ya. Dan pasti rasa di hati itu akan ada kelainan.

Dan sebenarnya tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta kita kepadaNya.
Tuhan. Hanya Dia yang kekal. Dia berkuasa.
Tuhan itu Esa. Dia mengaturkan satu bulan untuk kita makin rapat dengannya.
Bukan bermakna bulan-bulan lain kita tiada rapat dengannya.
Cuma, untuk bulan ini. Dia berikan kasih sayang yang lebih berbeza.
Paling penting ianya berganda.

Dan untuk satu bulan ini. Ianya sememangnya istimewa.
Tiada daya dan upaya untuk diluah dengan kata-kata.Perasaan juga tidak mampu menggambarkan cereka.
Bulan yang cukup bermakna ini kita berbulan madu dengannya.Kita jua cuba mencari kemanisan malam-malam pertama bersama dengan cahaya di malamnya. Malam yang terkandung satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Siapa akan berikannya? Dia berikan, kerana Dia tahu bahawa Dia tidak akan pernah rugi.

Mungkin dahulu kita jauh. 
Tapi Dia bagi peluang untuk kita dekat.

Mungkin dahulu kita lalai. 
Tapi Dia bagi peluang untuk kita perbetulkan.

Mungkin dahulu kita lena dan terleka. 
Tapi Dia bagi peluang untuk kita jaga dan tersedar.

Mungkin dahulu kita penuh dengan noda dan dosa. 
Tapi Dia bagi peluang untuk memohon dan meminta.

Kita bukan sesiapa. Dan Dia kuasa.
Kita hanya kerdil. Dan Dia agung.
Kita hanya manusia. Dan dia pencipta.

Untuk satu bulan ini kita cuba memohon dan meminta. Untuk satu bulan ini kita beribadat dan meluahkan rasa cinta.Untuk satu bulan ini kita menagih kasih sayangnya.Untuk satu bulan ini kita menangis sepenuh jiwa dan raga.Untuk satu bulan ini kita mendidik akhlak menjadi dewasa.Untuk satu bulan ini kita menyemai utuh cinta pada yang Esa.Untuk satu bulan ini kita berharap diberikan perhatian yang berganda.Untuk satu bulan ini kita terus menerus memberikan sekuat daya dan upaya.

Masih ingat waktu kecil-kecil dulu.
Apa yang kita tahu hanyalah ingin beraya.
Kita tiada tahu apakan bulan ini?
Mengapa ianya istimewa?
Kenapa harus berpuasa hingga menahan lapar dan dahaga?
Tidak cukupkah masa selama ini?
Berapa lamakah harus mendidk akal dan nafsu?
Dan apakah penting untuk Ramadan ini diseri?

Kini. Mungkin ada yang menyedari mengapa ia begitu bermakna.

Tuhan.
Untuk satu bulan ini.
Mohon diterima apa yang dipinta.
Moga dikabulkan pula segala yang dipohon.
Kerana hanya Engkau tempat kami meminta.
Kami ada keluarga, kami penuh harta, kami kaya dengan cita-cita,
tapi segalanya tiada bermakna andai kami hilang kasih sayang dari kau si Maha Pencipta.

Bersyukurlah untuk helaan nafas selama ini.
Bergembiralah dengan nikmat yang diberi.
Berterima kasihlah kerana berpeluang untuk kehidupan ini.

Kerana kita tidak tahu esok bagaimana.

Dan.
seandainya ini adalah Ramadhan yang terakhir.
sekiranya ini adalah malam raya penghujung di sini

ampunkanlah segala dosa dan noda.
terimakanlah segala amal yang ada.
jauhkanlah daripada segala azab dan seksa.
beratkanlah timbangan amalan di sana.
permudahkanlah segala urusan yang dilanda.
dan tempatkanlah di dalam syurga bersama pula dengan para syuhada.

p/s:

Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar.

Maka.Untunglah bagi mereka yang mengenali Maha Esa.

*Maaf untuk post yang agak panjang berjela.
Mungkin ini hanyalah satu luahan yang biasa.
Namun ianya tidak mengapa.
Asalkan niat ikhlas di hati hanya Tuhan yang Tahu.


untuk selingan terapi jiwa.


hanyalah hamba yang biasa.
tapi memohon pada yang Esa.



Dan bukankah jatuh cinta itu lumrah yang biasa,
Dan rasa cinta pada yang Esa itu suatu perasaan yang luar biasa?

2 comments:

Anonymous said...

wow Alimnye sya kay

Wook said...

haha.
x ad alim lah.biasa sja.
klau post sbgini dh kire alim rmailah nnt x solt just blog..hehe

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved