>

Saturday, July 23

Keriangan Berganda.

and when I could not reach Mercy, Mercy came running to me

Kadang-kala kita bergembira
Tidak bermakna ia kekal selamanya.

Kadang kala kita berduka.
Tidak bermaksud ia akan selalu bersama.

Kadang kala kita kecewa.
Tidak mungkin ia gagal selalunya.

Hujan tidak akan turun tanpa sebab,
Matahari tak akan bersinar tanpa dipinta,
Awan tidak berarak begitu sahaja,
Pokok tak bergoyang tanpa alasan.
Langit tidak gelap sekelip mata,
Bunga tak mekar tanpa gunanya.

Maaf andai terkasar bahasa.
Maaf andai tersalah mengata.
Maaf andai terejek di mana-mana.

Kita manusia tidak lari dari noda.
Kita ada jiwa.
Kita ada rasa.

Jangan kerana sengketa kita berpecah.
Jangan kerana masa hadapan kita lupa kisah silam.
Jangan kerana nama kita tindas mereka yang lemah.
Jangan kerana harta kita caci mereka yang kurang berdaya.

Rasa dari hati.Fikir dari akal.Bergerak dari anggota.

p/s: Taksub dan takjub boleh membuatkan kita rapuh.

2 comments:

EzayHadry said...

nice tu...
janfan kerana sengketa kita buruk sangka,
jangan kerana harta kita bermasam muka,
jangan kerana akal kita melakukan perkara murka
jangan kerana nafsu kita buat perkara sia2..

Wook said...

Yes.nice one.Thanks for sharing it.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved